Tuesday 31 January 2012

Aqiqah Haziq

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya tercapai jugak hajat papa & mama nak wat majlis aqiqah untuk Haziq.. Memang dah lama pasang niat nak wat aqiqah tapi ekonomi xmengizin, so terpaksa lah tangguh, tangguh dan tangguh..akhirnya pada tanggal 28 Januari 2012 impian menjadi kenyataan.

Wajah-wajah yang bakal di aqiqahkan

Papa bsama peserta yang tersingkir..Kat belakang tu tokey kambing..Wak Las

Alhamdulillah jugak sebab ramai sedara mara yang turut membantu menjayakan majlis ni..Terima kasih la semuanyerr terutamanya mak abah yang tak jemu-jemu memberikan khidmat nasihat agar majlis berjalan lancar serta menjadi orang kuat di sebalik tabir dalam penyediaan juadah..klau mak abah xde, xmasak la jawabnye kambing tu..nak harapkan papa, masak air pun hangus..inikan pula masak kambing…

Master Chef Mak Ngah & Kak Su
Time ni la minyak nak habis..Semalam xnak habis..

Ini dia kambing masak kurma manis

Majlis aqiqah ni sebenarnya diadakan sekali dengan majlis kesyukuran papa kerana pada tahun yang lalu papa dapat jawatan tetap dalam pekerjaan, pastu dapat naik gaji dan yang paling best papa dapat pindah kepangkuan keluarga.xde la mama dok sorang2 lagi kat rumah..hehehe..Opss tlupa pulak ada lagi yang lagi best..pada tahun lalu juga lah haziq di hahirkan..

So ini lah antara gambar-gambar yang sempat di ambil ketika persiapan majlis..photographer xde..yang ada cuma desingner jer..so gambar pun xbanyak la..

Insan yang di raikan..Muhammad Nor Haziq Shah

Mak tok memberikan komen..ada yang xkene ker..

Abah Tok berpuas hati..Papa pun senang hati

Meja & kerusi tersusun rapi

Meja & kerusi..sponsor by Pakat Sungai Balang

Antara juadah yang telah di hidangkan

Abah Tok cek kawasan

Jemput makan semua...jangan malu-malu

Tengah makan pon sempat gak pandang camera

Tetamu mula membanjiri

Antara saudara mara yang turut memeriahkan majlis

Lepas je majlis aqiqah selesai, abah tok sponsor bunga api untuk cucu-cucunya..meriah tengok budak-budak main bunga api..Tengah-tengah syok main bunga api, kene marah ngan abah tok coz banyak sangat asap..tadi suruh main, ni kene marah pulak ..hahaha..padan muka kene marah..Tu budak-budak punyer citer, bg org dewasa pulak, kene kemas pinggan mangkuk & buang sampah la..sape xtolong kemas kene tengking ngan pak ngah..huhuhu kene marah lagi..Papa pulak lepas majlis terus lepak kat dapur..emmm penat sgt la tu..

Papa, Mama dan Haziq setelah majlis selesai

Cucuh jangan tak cucuh

Budak-budak je main..Orang dewasa tengok je ye

Main sama-sama..jangan gaduh-gaduh

Teknik 'hati bentuk cinta'

Last-last papa jugak kene buang sampah

Semoga majlis tersebut mendapat berkat dari Illahi dan Haziq membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi insan yang soleh. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment