Wednesday 25 January 2012

Jalan-Jalan

Last Sunday, haziq, papa & mama serta kakak saudara haziq pergi ke majlis perkahwinan rakan mama & papa haziq kat kajang. Sampai ke destinasi area tengahari..ok la tu perut pon tgh lapar..lepas makan-makan ,  jumpa pengantin & borak-borak ngan kawan-kawan lama yang turut hadir, kitorang pun bergerak pulang...waktu masih siang lagi so g jalan-jalan sekitar KL la...

Jauh lagi ke umah kawan Papa & Mama...

Kami bersama pengantin ( Pn Fairus)

Jalan punye jalan tup..tup..sampai Cameron Highland..suatu perjalanan ke Cameron Highland yang tidak di rancang..Memandangkan kitorang pon xpernah sampai Cameron Highland, so kitorang ambil peluang ni nak tengok pokok tea & buah strawberry secara live dan rasa suasana sejuk (yg tak sesejuk mana skrg ni) kat atas bukit Cameron tu..

Penat drive..berehat sebentar

Waahhhh..dah nak sampai ker...

Orang kata klau nak g Cameron Highland, lebih baik ikut jalan Simpang Pulai…tak la berbukit-bukau mcm ikut kat Tapah tu…ikut simpang pulai mmg dekat bagi pengunjung dari utara..tapi bagi kitorang yang dari selatan, ikut Tapah lebih dekat cuma keadaan jalan yang sedikit mencabar..lebih-lebih lagi jika first time lalu kat situ... Aku xmampu nak taip panjang-panjang ni.. Aku cerita melalui gambar-gambar je la ye..jom layan gambar....

Alamak hujan dah turun...papa hati2 memandu..

Jalan dah mula jem


haziq bersama papa & mama di ladang teh

panorama yang menarik

Papa ngan kereta haziq yg banyak berjasa

seronok + letih

Banyaknyee pokok strawberry

Segar dari ladang

Papa..nak strawberry..

Aumm...strawberry + coklat + aiskrim

Teringat pulak masa makan berdamai

Haziq pon nak gak

Haziq dah comot ngan coklat

Aiskrim strawberry..sebatang RM1

Mama...nak mainan...

Haziq ada strawberry besar

Oh ya terlupa pulak nak kenalkan kakak saudara yang sama-sama membantu memenuhkan kereta..

Haziq, mama & Kak Su

Kak Su pon nak strawberry gak ker

Dalam perjalanan turun, sempat gak la try air terjun kat Lata Iskandar..Main air sepuasnya bagi memberikan kesegaran badan untuk menempuh perjalanan pulang ke selatan.

Tingginye air ni terjun..

Mama..haziq takut..

Uuhh..sejuknye air ni..

Itu je la sedikit pengalaman dah gambar-gambar yang sempat di kongsikan di sini. Memandangkan perjalanan ke sini pon tak di rancang, so banyak tempat-tempat menarik yang terlepas pandang untuk di lawati..Insyaallah kitorang akan datang lg ke Cameron Highland kerana hati kitorang tertinggal di sana.

*** Cameron Highland 22&23 Januari 2012 ***


*  Ujian terhadap enjin Inline-3, DOHC, 12V, DVVT mendaki tanah tinggi Cameron, success…..ujian seterusnya tanah tinggi……Genting……kot.

2 comments:

  1. amboii dh berjaya sampai cameron dh dia...Cayalah papa haziq & the geng...^^,

    ReplyDelete
  2. Perjalanan yang xdirancang...berkat semangat teringin nak g cameron..akhirnya sampai gak..hahaha

    ReplyDelete