Thursday 19 January 2012

Burger Tepi Jalan



Khamis malam yang lalu kitorang g jalan sekitar Bandaraya Ledang. Tujuan utama adalah nak g beli pakaian untuk haziq jer.. Setelah tujuan utama terlaksana, tiba-tiba terasa pulak nak makan burger. So sedia maklum la zaman sekarang ni memang melambak-lambak gerai burger tepi jalan..pilih je mana suka. 

Seperti biasa kami akan memilih salah satu gerai di jalan hospital. Kitorang mmg biasa beli kat situ..bila sampai je, pakcik (tokey burger) tu kata burger habis..aik baru jam 2130 burger dah habis..ajaib betul.. Takpe la g beli kat tempat lain la..

Ape yang peliknya malam ni adalah semua gerai-gerai burger yang selama ini bertempiaran di tepi jalan tutup. Hampir dua tiga kali mengelilingi bandaraya Ledang, kami pon terpandang satu gerai burger berhampiran Dataran Ledang. Dah xde pilihan, g je la gerai tu..nampak ramai orang mesti burgernya sedap.

Tengok brader yang wat burger tu memang lincah..Tak sia-sia beratur panjang..burgernye memang memuaskan. Cepat dan sedap.. Lain kali boleh datang lagi ni..

So kepada penggemar burger yang datang ke Bandaraya Ledang ni, boleh la try burger brader ni. Berhampiran dataran Ledang ( Belakang IPD Ledang )..

No comments:

Post a Comment