Wednesday 30 May 2012

Mei Punyer Citer

Bulan Mei menjelma lagi..kenape Mei..kan banyak lagi bulan-bulan yang lain.
Mei penuh bermakna dalam hidup ni walaupun bisday aku bukan bulan MEI.

BIRTHDAY HAZIQ

Haziq telah selamat di lahirkan pada bulan MEI. Tanggal 25 Mei 2011, haziq selamat di lahirkan melalui pembedahan. Tiada siapa yang mahukan pembedahan. Setiap bakal-bakal ibu pastiknya mahu bersalin secara normal namun kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Doktor kata saiz baby besar dan terpaksa bersalin awal 2minggu dari tarikh yang sepatutnya. Kononnya di awalkan bagi membolehkan si ibu melahirkan anak secara normal. Tapi haziq tidak mahu keluar juga walaupun ubat telah di masukkan dan air ketuban juga telah di pecahkan sehinggakan sampai satu tahap nadi haziq dah lemah dan keputusan untuk menjani pembedahan terpaksa di ambil.

Namun itu semua cerita setahun yang lalu. Pada 25 Mei 2012 yang lalu genap lah usia haziq setahun. Alhamdulillah kami dapat melepasi tahun pertama bersama Haziq. 

Sempena birthday haziq yang pertama ni, mama telah belikan kereta untuk Haziq. Permintaan dari mama tapi papa yang kene bayar..ish..ish..ish…

Jom layan gambar dulu.

Segar dari kedai..order baru buat

Tayar baru siap di pasang..enjin dah pasang lom???

lama lagi ke nak siap ni.

Kereta dah siap sedia untuk di pandu..vvrroooooommmmm.

Woww…Kecik-kecik dah dapat kereta.. Pandu dengan cermat ye..dont drink and drive. Kita layan gambar lagi..

Jamuan untuk Haziq

Kek Angry Bird menjadi pilihan.

Selamat hari lahir Haziq.. + mama sekali pon boleh..

Papa pon nak gak..hehehe

Potong kek sudah, makan pon sudah, tiba lah masanya nak test drive..vrooommm...vrrooommm.. Lokasi pilihan kat umah mak tok..kawasan luas sikit..hehehe

Selamat Memandu..Hati-hati di jalan raya

Semoga Haziq membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak yang soleh.


BIRTHDAY MY WIFE

Isteri aku juga di lahirkan pada bulan Mei. Hampir-hampir dengan tarikh lahir haziq. Lepas tarikh lahir haziq, selang beberapa hari tarikh lahir isteri kau pulak. So bila tarikh lahir hampir-hampir dengan anak, mintak maaf la ye banyak-banyak, xde bujet untuk sambut hari lahir sayang.. Bujet dah habis kan anak..hehehehe.

Tapi masih ada sesuatu untuk isteriku yang tercinta. Walaupun tak sebesar yang di impikan namun boleh di jadikan kenangan di masa mendatang kerana ini yang termampu abang barikan untuk kali ini.. Saje tak nak tanya nak ape tahun ni coz klau di tanya, mesti jawab nak Samsung Galaxy S III...Pergghhhh.. Seeeerrraammmm bila dengar.

Selamat hari lahir semoga panjang umur dan menjadi seorang ibu, isteri dan anak yang solehah.


DAPAT KERJA

Walaupun berbagai-bagai bidang kerja yang pernah aku ceburi selepas tamat pengajian, namun bidang-bidang kerja tersebut belum cukup kuat untuk aku declare sebagai bidang kerja yang menjamin masa depan ku sehingga lah aku mendapat tawaran kerja dari salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia.

1 Mei 2010 aku telah di terima berkhidmat di Telekom Malaysia. Telah lama aku impikan untuk berkhidmat di TM. Walaupun TM bukan badan kerajaan sepenuhnya yang ada pencen bila dah tua, namun TM merupakan salah sebuah syarikat milik kerajaan ( GLC ) yang boleh di katakan kukuh dari segi ekonominya.

Begini lah suasana tempat kerjaku kini

Bila milik kerajaan tu maknanya Syarikat ni tidak akan bankrupt kerana bila ada masalah kewangan je, kerajaan akan bantu….

Sekian sahaja sedikit sebanyak kisah sejarah yang terjadi dalam bulan Mei ni..





































Opssss….. sebelum terlupa, bulan Mei ini juga merupakan Birthday Bapak mentuaku, Kakak iparku juga anak sedara isteriku…Ramai betul  yang lahir bulan Mei  ni…