Monday 16 September 2013

Ke Dusun Atok


Ingat tak zaman sekolah dulu cikgu suruh buat karangan tentang cuti sekolah. Macam-macam tajuk, ada pergi balik kampung la, pergi ke dusun atok lah padahal masa cuti sekolah sibuk tengok karton kat tv..ntah masa bila pulak gi ke dusunnya..lagi pon aku mana ada dusun buah-buahan, dusun kelapa sawit ada lah..huhuhu. Memandangkan aku ni anak jati kampung, ko karangan macam tu boleh goreng lagi la..

Tu kisah aku, berbeza pula ngan anak aku yang di besarkan di bandar, bandar tak bandar sangat la. Walaupun di besarkan di bandar, dia masih bernasib baik sebab atok dia ( Kira mentua aku la ) ada tanam pokok buah-buahan kat kebun..Ada peluang la si Haziq ni merasa buah-buahan segar dari kebun..


Bersuai kenal dengan nyamuk


Takkan tengok buah yang jatuh je..Gi la petik buah tu

Di pendekkan cerita, hujung minggu lalu gi balik kampung, kebetulan pulak tengah musim buah-buahan.. Tunggu ape lagi, di kebun la petik buah-buahan..Gi kebun naik motor je, tu yang mudah, kereta xboleh masuk ke kebun..xde jalan untuk kereta.Macam-macam buah ada..rambutan ada, pulasan ada tapi yang menjadi perhatian aku adalah buah langsat..


Hero kampung dah tunjuk skill

Cepat la Haziq petik buah tu

Eeeyyyaahhhh..sikit je lagi..Dah nak sampai dah tu

Buah langsat sedang ranum.

Segar dari kebun

Peace!!!

Baru panjat sepokok dah kepenatan macam lari sekampung. Peluh jangan citer la klau tadah boleh dapat sebesen kot.. Patut orang kampung sihat-sihat. Hari-hari kerja kuar peluh, makan makanan segar pulak tu.


Monday 9 September 2013

Tragedi Hari Raya

Alhamdulillah syawal berlalu dengan jayanya. Walaupun syawal dah berlalu, masih ramai lagi yang berpusu-pusu nak buat open house. Takpe la motif utamakan nak eratkan silaturahim, hari-hari nak buat open house pon xpe.

Sepanjang syawal ni pastinya banyak cerita-cerita menarik mahupun kurang menarik yang menjadi simpanan memori kita. kisah-kisah ini lah yang bakal buat kita tersenyum suatu masa akan datang. Namun begitu dalam kesibukan mengejar kegembiraan, pastinya berlaku kecelakaan yang akan membuatkan kita tersedar agar tidak mengejar kegembiraan semata-mata.

Ini lah yang kami lalui dalam syawal kali ini. kemalangan kecil telah berlaku namun kami masih bersyukur kerana semuanya selamat. Segalanya berlaku ketika dalam perjalanan ke Tg Leman Mersing lebih kurang jam 2pagi. Dalam situasi yang sunyi dan kurang pengguna jalan raya, aku pon tekan minyak kuat-kuat. Ingatlah jalan yang rata jangan di sangka tiada lubang..








Nasib kerosakan tak teruk dan sampai ke destinasi dengan selamat. Keesokkan harinya dalam perjalanan balik, sempat gak la singgah tempat kejadian nak tengok keadaan sebenar tempat tu..Perrgghhhh memang dalam la lubang tu akibat dari kerja-kerja penanaman kalbat. Kiri kanan jalan gaung pulak tu.. So kepada pengguna jalan raya, ingatlah jalan yang rata jangan di sangka tiada lubang.

Friday 6 September 2013

Lagi Lagi & Lagi Selamat Hari Raya

Ehhh Masih raya lagi..Hahahaha..selagi masih syawal..raya je lah..nak mengeratkan silatulrahim la katakan.. Disaat-saat syawal terakhir ni, masih berkesempatan untuk kunjung mengunjung rumah rakan sekerja.. Ni semua program amal pejabat Kesihatan Kesihatan Daerah Ledang.. Nak citer banyak pon dah xde idea, ko kita layan gambar je la..










Perjalanan yang melibatkan 3 daerah iaitu Segamat, Ledang dan Muar memakan masa dari awal pagi hingga lewat malam begitu menerujakan..Bermula di Segamat dan berakhir di Muar begitu memenatkan..Walaupun penat namun amat mengenyangkan..mana tak kenyangnya, setiap rumah menghidangakan makan berat di tambah pula makan angin sepanjang perjalanan.

Ape pon kredit perlu di berikan kepada semua staff PKD Ledang yang turut menjayakan program ini. Moga program sebegini dapat teruskan pada masa akan datang.



*Bukan setakat rumah terbuka, rumah kenduri kawin pon kami sapu sekali

Sunday 1 September 2013

Haziq Jalan-Jalan

Jom jejalan..dah lama xbawak haziq g jalan-jalan ni..cehh..lama la sangat.. Niat awal bukannya nak layan haziq jalan-jalan..sebenarnya nak g beraya area Shah Alam & KL..tp atas sebab-sebab yang xdapat di elakkan, pjalanan braya hanya terhenti di Shah Alam. Memandangkan masa pon banyak lagi, so bawak la Si Haziq ni berjalan ronda-ronda KL naik keretapi pendek...naik LRT la..

Haa cer teka katne ni..







 





Begitulah ragam haziq ketika di KLCC...Nak tau mcmana ragam di kat dalam keretapi pendek..Jom layan gambo..

Mama jalan pakai baju kurung,,Terbaik lah..









Dah penat ronda-ronda KL, kami pon pulang ke selatan..Highway jem la pulak..kaki pon dah letih pijak padel, singgah ngeteh la dulu..

Haaa cer teka lagi katne ni


Haziq kat restoran jejantas la.

Sekian saja kisah jalan-jalan kami selama sehari bersama hero kami yang di kasihi.