Thursday 19 December 2013

Demam

Dalam suasana cuaca yang penuh pancaroba ni..macam2 penyakit yang datang..Antara penyakit yang wajib adalah demam.. Nak dapat senang tapi bila nak sembuh, perghhhh makan tahun.



Begini lah keadaan aku bila demam tak sembuh-sembuh sehinggakan my isteri bookingkan hotel 10 bintang untuk aku berehat..


TQ my isteri..jasamu tetap ku kenang hingga akhir hayat.

Monday 11 November 2013

Trib ke Langkawi

Antara lokasi wajib untuk di kunjungi
Alhamdulillah syukur di beri peluang untuk mencoret memori serta berkongsi cerita di sini. Terpaksa mengambil masa yang panjang untuk upload segala kenangan terindah bersama family & friend di sini. Ye lah aku ni insan bekerjaya, tak selalu berada di hadapan komputer dan hari ini baru la di beri peluang untuk mencoretkan sesuatu.

Budak paling excited naik bas

Kejap je excitednya..Dah selamat tido.

Sempena cuti raya deepavali + Maal Hijrah, isteri aku punya majikan telah membuat rombongan ke Langkawi.. Di akui aku memang teringin giler la nak ke langkawi dan kesempatan ni memang takkan aku lepaskan begitu sahaja. Gi ramai-ramai ni xde la risau sangat cuma yang merisaukan aku hanya keadaan cuaca yang sering hujan..klau hujan, sia-sianya la gi langkawi..Segala aktiviti akan terbatas.

Tapi itu kalau hujan, Alhamdulillah rezeki kami, cuaca di langkawi amat baik sekali. Segala aktiviti berjalan lancar. Berjalan sambil servey kawasan, mana la tau klau ada rezeki lebih, boleh datang lagi..

Ini dia hotel tempat kami menginap..My Hotel
Sampai je ke Langkawi, kami check-in di My Hotel. Check-in lebih kurang jam 11 pagi. Waktu ni letih mula terasa. Mana tak letihnya, dalam bas je dah 12 jam di tambah sejam lagi dalam feri. Kepala dah mula rasa berpusing je akibat tak biasa nak feri namun itu semua berjaya di atasi. Percutian baru hendak bermula.. Ketika di langkawi kami di beri pilihan samada nak join rombongan atau berjalan sendiri, so kami decide nak berjalan sendiri..sekurang-kurangnya xde la terikat ngan jadual.


My Hero sudah bertenaga
Selepas berehat bagi mengembalikan tenaga yang hilang, kami mulakan perjalanan meronda-ronda sekitar langkawi. Gaya macam tahu je selok belok langkawi, hentam je nama pon ronda-ronda kan..Jom layan.

Pekena pasemboq sat noo..

Oooo mcm ni rupa pasemboq..

Wajah kehampaan xdapat mandi laut


Orang kuat expidisi



Dinner di sini
 

Memandangkan ronda-ronda bermula pon dah petang so sekejap je dah malam. Sebelum pulang ke hotel, kami dinner di cucu-cucu bamboo restoran..apa yang menariknya disini adalah dapat tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.. sebelah airport la katakan.Kualiti makanan pula Ok la..not bad..Tamat sudah untuk hari yang pertama.

Hari yang kedua bermula, kitorang cuba seawal mungkin untuk sambung meronda pada hari ini. esok pagi dah check-out, hanya hari ini je peluang untuk menjelajah sekitar langkawi. Destinasi pertama adalah kabel car..menguji keberanian diri..

Jom Meronda

Singgah sebentar beli minyak gamat

Terima kasih pakcik parking tolong jaga kereta

Sesampai je ke kereta kabel lebih kurang jam 10 pagi, nak amik ko..punya lah ramai umat manusia yang nak naik kereta kabel. kitorang pulak baru terhegeh-hegeh nak beli tiket. Untuk warganegara harga tiket murah sikit la berbanding warg asing tapi kene la tunjuk kad pengenalan dulu sebagai bukti.

Ramai giler umat manusia nak naik kereta kabel
Sementara nak tunggu turn naik kereta kabel, kita ronda-ronda dulu la sekeliling kawasan ni.

Rehat sebentar bersama ais krim





pandainyeeerr bg ikan makan


sempat jugak nak bgambar
Ingatkan bila sampai turn, terus dapat naik cabel car, sekali nak amik kau, kene beratur lagi..lebih kurang sejam jugak la beratur sebelum dapat naik cabel car. Rasa banyak membazir masa kat sini jer.

Tu dia sikit punya panjang

Haziq tido dulu yer..penat la beratur

Panorama dari stesen no 1

Tu dia stesen no 2 puncak Machincang..Lets go..

Sampai jugak ke Puncak machincang

Kita minum dulu..

Jambatan gantung..tp masa ni under maintenance.







Separuh hari habis disini dan separuh nafasku juga hilang di sini..banyaklagi tempat nak gi ni,,sempat ker..jangan leceh, jom pecut ke pantai chanang..pelbagai cerita boleh di canang di sana..



Lain kali ye haziq kita mandi laut

Tak dapat mandi, dapat basahkan kaki pon jadi lah

Nampaknye masa semakin suntuk, memang tak boleh lama di sini..Jom ke destinasi seterusnya..kita ke beras terbako..kita bako jer..








Destinasi terakhir adalah Dataran Helang..sempat jugak pergi kesemua destinasi seperti yang di rancang walaupun terkejar-kejar.





Kat dataran helang pon xboleh lama sebab malam ada dinner beramai-ramai kerana esok pagi-pagi dah check-out dan kembali semula bertugas.

Juadah dinner..memang terbaik.

Dua hari di Langkawi memang satu jangka masa yang singkat. Bagi aku memang tak puas berasa di sini. Insyaallah akan ku repeat semula ke sini..

Hanya ini yang sempat tercapai oleh tangan

Cukai Haziq tidak terkecuali..emmm layaannnn..

Langkawi..Tungguuuuuu..Kita akan bersua kembali.....

Tuesday 15 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih di beri peluang untuk bertemu Aidiladha tahun ini.

Alamak!!! macamana boleh tersangkut ni..selama ni training OK jer..

Sejujurnya memang diakui Aidiladha kali ini sangat sangat sangat pilu..tidak seseronok seperti yang lalu..Mana tak pilunya, bapa mentua selaku orang kuat dalam keluarga diserang angin ahmar. Memang agak sukar untuk terima kenyataan namun ini lah hakikatnya.

Monday 16 September 2013

Ke Dusun Atok


Ingat tak zaman sekolah dulu cikgu suruh buat karangan tentang cuti sekolah. Macam-macam tajuk, ada pergi balik kampung la, pergi ke dusun atok lah padahal masa cuti sekolah sibuk tengok karton kat tv..ntah masa bila pulak gi ke dusunnya..lagi pon aku mana ada dusun buah-buahan, dusun kelapa sawit ada lah..huhuhu. Memandangkan aku ni anak jati kampung, ko karangan macam tu boleh goreng lagi la..

Tu kisah aku, berbeza pula ngan anak aku yang di besarkan di bandar, bandar tak bandar sangat la. Walaupun di besarkan di bandar, dia masih bernasib baik sebab atok dia ( Kira mentua aku la ) ada tanam pokok buah-buahan kat kebun..Ada peluang la si Haziq ni merasa buah-buahan segar dari kebun..


Bersuai kenal dengan nyamuk


Takkan tengok buah yang jatuh je..Gi la petik buah tu

Di pendekkan cerita, hujung minggu lalu gi balik kampung, kebetulan pulak tengah musim buah-buahan.. Tunggu ape lagi, di kebun la petik buah-buahan..Gi kebun naik motor je, tu yang mudah, kereta xboleh masuk ke kebun..xde jalan untuk kereta.Macam-macam buah ada..rambutan ada, pulasan ada tapi yang menjadi perhatian aku adalah buah langsat..


Hero kampung dah tunjuk skill

Cepat la Haziq petik buah tu

Eeeyyyaahhhh..sikit je lagi..Dah nak sampai dah tu

Buah langsat sedang ranum.

Segar dari kebun

Peace!!!

Baru panjat sepokok dah kepenatan macam lari sekampung. Peluh jangan citer la klau tadah boleh dapat sebesen kot.. Patut orang kampung sihat-sihat. Hari-hari kerja kuar peluh, makan makanan segar pulak tu.