Monday 13 February 2012

Sarapan Oh Sarapan

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga balik kampung. Kampung takde la jauh sangat. Lebih kurang sejam setengah perjalanan. Minggu ni tiada sebarang perancangan untuk kemana-mana, so kitorang sekeluarga dok rumah je la.

Tiba-tiba mak aku ajak di sarapan sate kat Bandar Muar. Untuk pengetahuan semua, selain mee bandung, Bandar Muar juga terkenal ngan sate di waktu pagi. Ini la salah satu keistimewaan Bandar Muar..Sape yang teringin nak sarapan sate, sila la datang ke Bandar muar.

Hari minggu..Jalan lengang..warga bandar tak bangun lagi
Ada dua tiga kedai kat muar ni yang popular dengan keenakan satenya namun kami telah memilih kedai ZZ Sate Warisan yang terdapat di hadapan Telekom Malaysia Muar. Selain sate, makanan lainnya juga sedap seperti nasi lemak, soto, lontong, mee rebus dan macam-macam lagi la.

 Ini dia kedai ZZ Sate Warisan..Parking mmg sentiasa penuh





Pelanggan memang ramai...sukar mencari meja kosong


Brother yang bertanggungjawab menyiapkan sate warisan



Sate ayam, lembu dan perut

En Yan kene makan nasi..1 hari xdapat nasi comfirm xblh bangun

Aku & mak pilih mee rebus..memang terbaik la.

Abah pilih lontong..emm nampak macam sedap..

Baru je duduk sate dah sampai..30 cucuk tu. 10 ayam, 10 daging & 10 perut. Satu batang sate RM0.50. nanti dia kira lidi berapa yang kita makan. Bapak aku memang nak makan sate perut, 10 batang mana cukup, tambah lagi 20 batang sate perut.

Tambah lagi sate perut

Setelah selesai sarapan, aku pun dengan ringan mulut bertanya kat mak aku, ‘mak nak g mana-mana ker’, mak aku pun menjawab ‘tak kan nak balik terus, jalan-jalan dulu la’. So aku fikir nak bawak jalan-jalan sekitar Muar la, tiba-tiba mak aku menyambung ayatnya tadi ‘kita g jalan Melaka la’. Nak kata tak OK takut kecik hati, so OK je la..

En Yan yang dari tadi sibuk makan terus jeling ke arah ku dengan muka pelik..mana tak peliknya kitorang kuar dengan pakaian yang ntah ape-ape je tapi still sopan la. Aku pun bagi tanggungjawab ni kat En Yan sebab dia yang drive kereta. Fuhh pandai jugak mak aku wat surprise, ngan bapak aku sekali terkena..hahaha.

Aku bagi tahu kat En Yan kita gi je la mana-mana janji sampai Melaka. Jalan punya jalan sampai la ke tempat-tempat berikut. So layan gambar je la dulu.


Orang kata ni jejantas terpanjang kat Malaysia..Tak tahu la betul ke tidak.

Muzium kapal selam..masih under renovation.

En Yan pun nak bgambar gak???

Haziq suka tengok layang-layang tp atok haziq yang beria nak beli

Singgah solat zohor di Masjid Selat Melaka

Luasnya pemandangan

Dah puas jalan berpanas, nak tempat yang beraircond pulak. Ada hamba Allah yang poketnya masih tebal, so kitorang pon g la ke sini.

destinasi yang ada aircond..Pasaraya Mydin..

Haziq dok diam-diam ye..jangan takut.

Setelah bershoping barang-barang keperluan, kitorang pun pulang ke Johor.. Namun dalam perjalanan pulang, En Yan sempat lagi singgah ke tempat ni..

Perigi Hang Tuah..Nampak biasa namun kaya dengan mitosnya

Dah penat berjalan, perut pun mula lapar..Masa untuk makan tapi tak tau nak makan kat mana. Jalan punya jalan, sampai la di Tom Yam Boy Parit Jawa.. Punya jauh berjalan, Tom Yam Boy jugak jadi pilihan.

Menu makan petang hari ini..nasi putih, tomyam dan telur dadar

Abah memilih nasi paprik

Begitula kisah hari minggu kami sekeluarga untuk kali ini. Ingatkan En Yan je suka berjalan tanpa di rancang, rupanya mak aku pun sama.. Itu lah mana tumpahnya kuah klau tak ke menantu..hahahaha..

Tuesday 7 February 2012

Asam Pedas Parit Jawa


Parit Jawa bukan lagi nama asing yang acapkali di sebut-sebut walau di mana kita berada. Jika dulu Parit jawa merupakan perkampungan nelayan yang terpinggir dari kepesatan kota, namun kini Parit jawa terkenal di seluruh dunia dengan trademarknya yang tersendiri. Bila sebut je Parit Jawa, dah terbayang di minda masakan asam pedas yang terbaik di dunia. Rasanya yang menambat jiwa mampu menarik warga kota untuk kembali ke desa. 

Papan tanda yang memudahkan para pengunjung

Disinilah Asam Pedas stop center...parking banyak tp penuh sentiasa
 
Di Parit Jawa ni memang banyak Restoran-restoran, kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual asam pedas tak kira la di waktu pagi, tengahari mahupun malam..Namun dalam banyak-banyak kedai yang menjual asam pedas, kami sekeluarga pastinya akan memilih Asam Pedas Mak Pon. Pelbagai jenis ikan ada kat sini seperti siakap, cencaru, sembilang, kembung dan banyak lagi la.. Jika ada yang teringin ikan bilis masak asam pedas pon, tokey kedai ni sanggup sediakan..huhuhu.

Disini lah asam pedas yang diminati ramai...sedaaaap beb..

Asam Pedas Ikan Caru

Asam Pedas Ikan kerapu

Asam Pedas Ikan Mayong

Asam Pedas Ikan Siakap

Kehadiran pengunjung yang ramai mengukuhkan lagi kenyatan bahawa asam pedas kat sini memang sedap..Ni bukan kali pertama kami makan disini, dah banyak kali dah cuma baru kini tergerak hati nak masukkan entry Asam Pedas. Kali ni kami sekeluarga memilih asam pedas ikan mayong dan kerapu.  Cukup la untuk lunch hari ni. Lagi pon kami berempat je yang makan, haziq belum pandai makan lagi.

Menu lunch hari ini...Asam Pedas Ikan Mayong, Kerapu dan Telur Dadar

Haziq ikut papa dia...dapat la aku menikmati keenakan asam pedas dengan tenang

Sukar mencari meja kosong..hampir setiap meja penuh

Pelanggan yang silih berganti

Kepada penggemar-penggemar asam pedas, jangan la segan silu untuk mencuba Asam Pedas Parit Jawa...Sekali rasa pasti teringat sampai akhir hayat...


Thursday 2 February 2012

Rumahku Syurgaku - Part 1

Kat sini perkembangan umah kecilku. Inilah istana kami yang terletak di Taman Gunung Emas 2, Ledang Johor. Ni kiranya rumah pertamaku la. Buat masa ni kami sewa je dulu kat Taman Tangkak Jaya.

Taman Baru..signboard pon cantik lagi

Lokasi Gunung Emas ni dipilih sebab ia berdekatan dengan Bandar Tangkak. Nak  pegi keje pun senang. Kira-kira 5 minit jer dh sampai Opis. Alkisah bermula apabila ramai rakan-rakan mula membeli rumah.. Harga hartanah pula makin hari makin meningkat, rentetan dari itu kami memutuskan untuk membeli rumah sebelum harga hartanah meningkat lagi tinggi.

Pada awalnya kami mencari rumah di sekitar Bandar Baru Tangkak, kat situ memang  banyak rumah dalam pembinaan namun kesemuanya telah di miliki. Sehinggalah seorang rakan isteriku memberitahu ada sebuah projek perumahan yang sedang dalam pembinaan di area Gunung Emas. So isteriku bersama rakannya pergi la kat tapak projek tu untuk berjumpa ngan pemaju..Masa tu keadaan rumah dah hampir 80% siap..Aku xikut sebab masa tu aku masih bertugas kat KL lagi.

Keadaan rumah ketika mula-mula datang melawat

Mozek dah siap di pasang

Sampai keatas dia mozek..ok ni..

Kitorang memang kalau boleh nak cari rumah yang paling murah..ye lah gaji kitorang pon bukan besar sangat pon..Masa jumpa pemaju tu, dia kata rumah RM24K & RM50K dah habis..RM80K pon tinggal 2 3 buah je.. Klau RM100K ke atas banyak lagi la.

Kami pun cepat-cepat la booking rumah RM80K tu..emm kalau lambat takut melepas..hehehe… Kami memilih Lot 27772 .Berdekatan dengan taman permainan. Depan rumah pulak ada tanah kosong, pemaju tu kata tapak Tadika..Senang la Haziq nanti nak gi sekolah dan bermain di waktu petang.  Kiri kanan pulak owner dia cina. Puas hati......... (buat hal sendiri jer)

Pagar dah siap pasang..Pintu je yang belum ada lagi.

Tapak Tadika yang di beritahu oleh pemaju

Taman permainan pon dekat je

Ada sedikit ruang di belakang..boleh renovate dapur ni..

Selang beberapa minggu, ada rumah RM50K hendak dijual semula kerana owner rumah tu ada masalah pinjaman. Nak wat loan xlepas. Kitorang g la tengok rumah tu. Mula-mula berkenan gak tp bila tengok depan rumah ada stesen indah water, terus kitorang reject..Takpe lah teruskan je niat rumah RM80K tu.

Ni la rumah 50K tu..setentang ngan 'tasik buatan'
Insyaallah klau semuanya berjalan lancar, pertengahan 2012 kami berpindah la ke sini. Cukup la untuk kami 3 beranak. Syukur ke hadrat Illahi kerana di kurniakan rezeki untuk kami sekeluarga cuma aku je yang kadang-kadang terlupa untuk bersyukur.


psstt...sape-sape yang nak sponsor barangan dalaman rumah, kami alu-alukan ye..jangan malu jangan segan..kami sedia meneriamanya..