Sunday 14 July 2013

Hari ini Dalam Sejarah

Hari ini 14 Julai 2013 bersamaan 5 ramadhan 1434...ya 5 Ramadhan kembali lagi.. bagi insan lain tiada apa yang istimewa dengan tarikh ini. Namun bagi aku ia penuh makna dan sentiasa segar dalam ingatan sampai bila-bila.

Perginya tiada ganti, perginya tidak kembali..hanya itu yang mampu di ungkap. Insan yang melahirkanku telah pergi untuk selamanya. Itu lah ibu insan yang banyak berkorban untuk membesarkan ku hingga dewasa.

Sedih, pilu, sayu segalanya menjadi satu. Menjadi satu perasaan yang sukar untuk di gambarkan..hanya insan yang melaluinya sahaja dapat merasai perasaan tersebut. Ibu lah mengajarku bertatih hingga mampu berjalan sendiri dan sentiasa berpesan agar berjalan di landasan yang betul.

Namun baru sahaja inginku berdikari, ibu telah pergi membiarkan ku berjalan sendiri. Kini ku mampu berdiri dan berlari dengan kaki sendiri, Alangkah indahnya jika ibu masih disisi. ingin ku balas segala jasa-jasa yang telah di curahkan kepadaku.

Ibu bergenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu. Kudusnya kasih yang engkau hamparkan bagaikan laut yang tak bertepian. Biarpun kepahitan telah engkau rasakan tak pula kau merasa jemu. Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu dari kecil hingga dewasa.
 
Hidupmu kau korbankan biarpun dirimu yang telah terkorban. Tak dapat kubalasi akan semua ini semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu. Ibu kau ampunilah dosaku andainya pernah menghiris hatimu. Restumu yang amatlah aku harapkan kerana disitu letak syurgaku.
 
Tabahnya melayani kenakalan anakmu mengajarku erti kesabaran. Kau bagai pelita di kala aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan. Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku. Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana. 
 
Kasih sayangmu sungguh bernilai itulah harta yang engkau berikan. Ibu...dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/11/lirik-lagu-buatmu-ibu-aeman.html#.UeNWHqw0NhA
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/11/lirik-lagu-buatmu-ibu-aeman.html#.UeNWHqw0NhA