Friday 31 August 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

merdeka...merdeka...merdeka
Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 buat Malaysia tanah airku. Dah 55 tahun Malaysia merdeka..klau orang kerja kerajaan, dah sampai masa nak pencen. Tahun ni aku terlibat sama dalam menjayakan hari kemerdekaan Daerah Ledang Johor.

Kontigen TM Ledang

Otai-otai TM Ledang

Jika sebelum ini banyak bantahan terhadap logo hari kemerdekaan ke 55, di akui bila sekali pandang memang tak menarik pon logo tu. Ntah ape- jer tapi semua tak penting bagi aku. Yang penting sekarang adakah minda kita semua telah merdeka dari jajahan bangsa asing. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi hari ini.

Takpe la masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa kata kita layan logo-logo serta moto-moto hari kemerdekaan tahun-tahun lalu.

 
1970: Muhibah dan Perpaduan

1971: Masyarakat Progresif

1972: Masyarakat Adil

1973: Masyarakat Kerkebudayaan Malaysia

1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

.1975: Masyarakat Kerdikari

1976: Ketahanan Rakyat

1977: 20 Tahun Bersatu Maju

1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan

1979: Bersatu Berdisiplin

1980: Berdisiplin Berbakti

1981: Berdisiplin Berharmoni

1982: Berdisiplin Giat Maju

1983: Bersama ke Arah Kemajuan

1984: Amanah Asas Kejayaan 1985

1985: Nasionalisme Teras Perpaduan

1986: Bangsa Tegas Negara Teguh

1987: Setia Bersatu Berusaha Maju

1988: Bersatu

1989: Bersatu

1990: Berjaya

1991: Wawasan 2020

1992: Wawasan Asas Kemajuan

1993: Bersatu Menuju Wawasan

1994: Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995: Jatidiri Penggerak Wawasan

1996: Budaya Penentu Kecapaian

1997: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

1998: Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999: Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006: Keranamu Malaysia

2007: Malaysiaku Gemilang

2008: Perpaduan Teras Kejayaan

2009: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

2010: 1Malaysia Menjana Transformasi

2011: 1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2012: Janji Ditepati

Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Tak tahu nak cerita apa pon.....hanya nak berkongsi cerita pasal raya dan gambar2 hari raya aje.....buat kenang-kenangan....hehehe....tahun nie aku beraya kat negeri johor (dah anak jati johor, raya kat johor la).....rumah keluarga mentua aku....sambut raya bersama mak abah mentua dan ipar serta biras jer..

Rasa cemburu gak melihat orang lain menyambut lebaran bersama kedua ibu bapa mereka..sedangkan aku??..apepun aku tetap bersyukur kerana masih punya ibu bapa mentua tersayang..Alhamdulillah diizinkan sekali lagi beraya bersama kedua orang tua walaupun hanya bergelar ‘mentua’.

Oklah tak nak feeling sangat.....aku nak cerita pulak pasal raya pertama.

Di pagi raya selepas solat hari raya, aktiviti bermaaf-maafan pon bermula..isteri aku anak bungsu so giliran kitorang yang last sekali la.

Dimulai dengan Kak Long & Abang Long

Diikuti dengan Kak Ngah & Abang ngah

Baru sampai giliran my isteri...eemmm haziq paw duit raya ye

Aku pun join sekali..dosa dah banyak ni..mak minta ampun ye..

Giliran anak sedara pulak..masing2 pungut cukai tahunan

Along sekeluarga & mak abah

Angah sekeluarga & mak abah

Kami sekeluarga & mak abah

Ni gambo mak abah dan adik beradik binik aku....akak yang sulung, no2 & binik aku la no 4.....akak yang no3 tak balik....beraya belah mertua.

Ni gambo mak abah dan para menantu....menantu no3 xde, dia sambut raya kat umah mak dia..

Do Re Mi bukan..Bujang Lapok pon bukan..

Kami Sekeluarga. Tema tahun ni..purple

Di sebelah petang pula, kami akan berkumpul di rumah atok..memang setiap tahun macam ni. Ni je la masanya dapat berjumpa makcik pakcik sepupu sepapat.. Seronok bila dapat berkumpul macam ni.. bermacam ragam dapat di lihat..

Big Family..dari atok sampai la ke cicit..

Gambar atok dan anak menantunya.

Tak cukup dengan itu, sebelah malam kami buat ‘family day’ pula., Fuuhhh memang meriah. Lebih meriah lagi bila sama-sama bergotong-royong menyediakan juadah. Cucu-cucu atok ramai, time ni la nak kerah tenaga..

aku menunjukkan skill memasak.

Wootai menunjukkan cara membakar sate..

Cara terbaik nak tahu sate dah masak ke belum.

Tiba lah masa menjamu selera.

Makan ramai-ramai ni memang seronok

Tua muda duduk semeja..erat silaturahim.

My family tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini.

Haziq bersemangat makan sate..sedap ye haziq..

Begitu lah serba sedikit cerita hari raya pertama kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat di teruskan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan.

Wednesday 15 August 2012

Salam Ramadhan



Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah..Ini bermakna ramadhan akan berlalu..Mampukah aku menikmati ramadhan pada masa akan datang? Ya Allah berilah aku peluang menikmati ramadhanMu pada masa hadapan.

Tahun ni ramadhan special sikit, aku dapat menyambut ramadhan di rumah sendiri ( walaupun 1st ramadhan kat umah mentua  )..Jika sebelum ni hanya lah di rumah sewa..Merupakan suasana baru dalam hidup ini.

Bila dah bersama keluarga sendiri ni, teringat pulak di zaman bujang..buka dan sahur kene uruskan sendiri.  Tersilap langkah, tak sahur la jawabnye..ye lah xde sape nak kejut sahur..pandai-pandai la nak hidup.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Syawal juga bakal muncul tak lama lagi.. Persiapan raya kali ni ala kadar jer..tak nak la membazir sangat. Beli ape yang perlu jer yang penting heroku sorang dah ada baju raya.. Aku pakai baju raya tahun lepas pun xpe..hehehe.

Terima Kasih kepada isteriku yang sorang ni (memang sorang pon) kerana tidak jemu-jemu menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk aku sehinggakan perutku semakin hari semakin sihat di buatnye..

Terima Kasih Allah kerana memberi peluang menikmati ramadhanMu pada tahun ini.