Wednesday 15 August 2012

Salam Ramadhan



Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah..Ini bermakna ramadhan akan berlalu..Mampukah aku menikmati ramadhan pada masa akan datang? Ya Allah berilah aku peluang menikmati ramadhanMu pada masa hadapan.

Tahun ni ramadhan special sikit, aku dapat menyambut ramadhan di rumah sendiri ( walaupun 1st ramadhan kat umah mentua  )..Jika sebelum ni hanya lah di rumah sewa..Merupakan suasana baru dalam hidup ini.

Bila dah bersama keluarga sendiri ni, teringat pulak di zaman bujang..buka dan sahur kene uruskan sendiri.  Tersilap langkah, tak sahur la jawabnye..ye lah xde sape nak kejut sahur..pandai-pandai la nak hidup.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Syawal juga bakal muncul tak lama lagi.. Persiapan raya kali ni ala kadar jer..tak nak la membazir sangat. Beli ape yang perlu jer yang penting heroku sorang dah ada baju raya.. Aku pakai baju raya tahun lepas pun xpe..hehehe.

Terima Kasih kepada isteriku yang sorang ni (memang sorang pon) kerana tidak jemu-jemu menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk aku sehinggakan perutku semakin hari semakin sihat di buatnye..

Terima Kasih Allah kerana memberi peluang menikmati ramadhanMu pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment