Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Tak tahu nak cerita apa pon.....hanya nak berkongsi cerita pasal raya dan gambar2 hari raya aje.....buat kenang-kenangan....hehehe....tahun nie aku beraya kat negeri johor (dah anak jati johor, raya kat johor la).....rumah keluarga mentua aku....sambut raya bersama mak abah mentua dan ipar serta biras jer..

Rasa cemburu gak melihat orang lain menyambut lebaran bersama kedua ibu bapa mereka..sedangkan aku??..apepun aku tetap bersyukur kerana masih punya ibu bapa mentua tersayang..Alhamdulillah diizinkan sekali lagi beraya bersama kedua orang tua walaupun hanya bergelar ‘mentua’.

Oklah tak nak feeling sangat.....aku nak cerita pulak pasal raya pertama.

Di pagi raya selepas solat hari raya, aktiviti bermaaf-maafan pon bermula..isteri aku anak bungsu so giliran kitorang yang last sekali la.

Dimulai dengan Kak Long & Abang Long

Diikuti dengan Kak Ngah & Abang ngah

Baru sampai giliran my isteri...eemmm haziq paw duit raya ye

Aku pun join sekali..dosa dah banyak ni..mak minta ampun ye..

Giliran anak sedara pulak..masing2 pungut cukai tahunan

Along sekeluarga & mak abah

Angah sekeluarga & mak abah

Kami sekeluarga & mak abah

Ni gambo mak abah dan adik beradik binik aku....akak yang sulung, no2 & binik aku la no 4.....akak yang no3 tak balik....beraya belah mertua.

Ni gambo mak abah dan para menantu....menantu no3 xde, dia sambut raya kat umah mak dia..

Do Re Mi bukan..Bujang Lapok pon bukan..

Kami Sekeluarga. Tema tahun ni..purple

Di sebelah petang pula, kami akan berkumpul di rumah atok..memang setiap tahun macam ni. Ni je la masanya dapat berjumpa makcik pakcik sepupu sepapat.. Seronok bila dapat berkumpul macam ni.. bermacam ragam dapat di lihat..

Big Family..dari atok sampai la ke cicit..

Gambar atok dan anak menantunya.

Tak cukup dengan itu, sebelah malam kami buat ‘family day’ pula., Fuuhhh memang meriah. Lebih meriah lagi bila sama-sama bergotong-royong menyediakan juadah. Cucu-cucu atok ramai, time ni la nak kerah tenaga..

aku menunjukkan skill memasak.

Wootai menunjukkan cara membakar sate..

Cara terbaik nak tahu sate dah masak ke belum.

Tiba lah masa menjamu selera.

Makan ramai-ramai ni memang seronok

Tua muda duduk semeja..erat silaturahim.

My family tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini.

Haziq bersemangat makan sate..sedap ye haziq..

Begitu lah serba sedikit cerita hari raya pertama kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat di teruskan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan.

No comments:

Post a Comment