Monday 31 December 2012

Happy Ending 2012

Pejam celik pejam celik...Dah pon berakhir tahun 2012..Pastinya tahun 2012 meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis dalam kehidupan. Begitulah lumrah dunia, yang mula pasti berakhir..

Perginya takkan kembali namun segala memori yang berpahat di hati akan kekal abadi..Walaupun terasa begitu pantas masa berlalu, terasa 365 hari tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu misi, begitu lah hidup ini yang tidak akan puas dengan satu-satu nikmat yang di berikan.

Aku tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai nikmat dunia sepanjang 365 hari ini..Adakah 365 yang akan datang mampu ku penuhi?? Hanya yang Maha Esa yang mengetahui dan aku mengharapkan perjalananku tidak berakhir disini..

Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan esok pula masih menjadi igauan dan impian.. Impian yang seringkali mecetuskan semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Hidup didunia hanya sekali dan pastinya mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Terima kasih Allah kerana mengizikan diri ini menikmati nikmat-Mu sepanjang tahun ini..

Salam Takzim dari Eirmah Blogger untuk semua...Semoga kita bersua lagi di Tahun 2013...

Tuesday 25 December 2012

Percutian Akhir Tahun 2012

Haih cepat je masa berlalu..tiba-tiba dah nak year end dah.. Bila hujung tahun je baru teringat nak bawak family gi jejalan…Di awal-awal tahun masing-masing sibuk bkerja..semangat baru la katakan..huhuhuhu

Kebiasaannya bila gi bercuti jer, masing-masing memilih destinasi yang jauh dari kesibukan kota..nak cari ketenangan kononnya…Tapi bagi aku lain pula..dah terang-terang menetap di desa yang permai lagi mendamaikan, so kami pilih bercuti di kota pula..nak merasai kesibukan kota la katakan..kononya lah…

Tapi bukan aku yang plan..semuanya di plan oleh binik aku…cakap je nak g bercuti, pandai la dia selongkar ke pelusuk laman sesawang, cari destinasi yang menarik…yang penting bajet nak ciput…hahaha

Banyak destinasi yang telah di cadangkan tapi semua aku reject dengan alasan kos yang tinggi…hahaha aku ni kedekut siikit..kedekut sikit, tp murah hatinya banyak..kira ok la tu kan..huhuhuhu. Akhirnya antara banyak-banyak lokasi yang di cadangkan, kami decide untuk pergi ke Desa Water Park, I-City Dan Aquaria KLCC…

Percutian 2 hari 1 malam yang melibat 2 keluarga di harapkan mencetuskan kegembiraan yang maksima.

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi pertama






 




Wajah-wajah keletihan mula terpancar

Bila dah penat bermandi-manda, perut pun mulalah menghasilkan muzik yang beguti meriah menandakan masa untuk makan telah tiba..keluar dari Desa Water Park terus pusing-pusing  area cheras cari tempat makan..Plan nak makan kat A&W tapi last last kitorang makan kat Kenny Rogers Roasters…First time aku makan kat sini..

Haziq turut teruja...Biasa makan kat warong jer..

Jening sape tu..macam tak puas hati jer..


Sebelah malam pula kami menuju ke I-City Shah Alam…Walaupun agak keletihan bermain air..bukan agak tapi memang letih pun..Digagahkan jua demi tidak mahu mencacatkan planning…Bila sampai I-City, parking punyalah jauh..menapak hampir 1KM..perghhh dugaan betul la…Namun demi keluarga tercinta ku gagahi jua…

I-City..seronok tengok lampu

Wahhh banyaknya lampu.








Banyak-bayak lampu, yang ni je haziq nampak teruja..

Cool Blog..bekasnya yang mahal..

Masing-masing dah kelaparan

Di sebabkan keletihan yang amat dahsyat, banyak tempat di I-City yang xsempat untuk di kunjungi..Kami terus balik ke penginapan yang telah di sediakan untuk beristirehat bagi menempuhi aktiviti seterusnya keesokan hari…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Selamat Pagi…..wahhh sarapan dah siap la..baguslah penginapan di sini…boleh datang lagi ni…walaupun sisa-sisa keletihan semalam masih ada lagi..namun semangat masih terus membara…memandangkan hari ini pon hari terakir, so apa lah salahnya menghabiskan segala tenaga yang ada…

Lepas sarapan, kami terus bersiap ke Aquaria KLCC..Kali ni bukan 2 keluarga, tapi 3 keluarga…Tak kisah la lagi ramai yang join, lagi seronok rasanya…


Destinasi seterusnya Aquaria KLCC



Ini lah ikan pirana..klau letak gajah, sekelip mata tinggal kulit..

Itu pulak belangkas..sedap di masak lemak cili api....






Haziq dah mula berani menghampiri aquarium

Mama..tolooongg..jerung nak makan haziq...

Suasana dasar laut...menerujakan..

Haziq dah xlarat nak jalan...dah penat la tu..

Mama..ada ikan lalu la

Benda pa ni???..Ni la Obor-Obor.....





Setelah puas pusing-pusing dalam Aquaria, kami pon pergi makan di Kampung Pantai Dalam sekaligus menjadikan destinasi terakhir percutian kami kali ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing…

Moga kita bersua lagi di tahun hadapan..





*dengar-dengar schedule untuk tahun depan dah kuar..jeng..jeng..jeng....

Sunday 2 December 2012

Selamat Hari Lahir Mak...


Disember muncul lagi…Bila sampai bulan disember, maka tiba lah ulang tahun ibu mentuaku….atas kertas je ibu mentua tapi dalam hati dah macam ibu sendiri… Nak di jadikan cerita, aku terlupa hari ini adalah ulang tahun ibu mentuaku…

Dah la terlupa nak wish, takkan nak diam diri jer..fikir-punya fikir..binik aku bagi cadangan bawak g makan seafood..Tak fikir panjang, terus je terima cadangan tu..Ingatkan nak g makan seafood kat Melaka, memandangkan masa pun dah lewat, g lokasi yang dekat-dekat jer la..

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Biasanya klau nak makan seafood ni, sebelum magrib kitorang dah sampai lokasi..biasa la orang ramai…Tapi kali ni lepas magrib baru gerak dari umah..Sampai-sampai je tempat memang penuh, nasib ada keluarga yang dah siap makan, terus kitorang cop tempat tu..Harap-harap makanan masih ada lagi la…

Memandangkan kami hanya berlima sahaja, so pilih juadah yang ala kadar je la..takut tak habis, dah membazir..

Siakap 3 Rasa..Tengok macam sedap

Pari masak sambal..memang terbaik

Lala masak pedas....

Sotong goreng tepong jangan di lupa.

Telur Dadar untuk haziq...Cian haziq makan telur jer

Sayur capcai..Makan sayur bagus untuk kesihatan

Juadah pun dah terhidang, tunggu ape lagi makan lah…sebelum makan baca doa dulu agar makanan yang di makan lebih berkat..:)


Selamat Ulang Tahun Mak.

Yang ni Bapak Mentuaku..Selamat Menjamu Selera ye Bapak....

Wahh haziq nak makan sendiri..Pandai ke makan sendiri..

Begitu la sedikit sebanyak di hari ulang tahun ibu mentuaku.. Dia tak minta pun semua ni tapi sebagai anak, rasa lebih puas bila dapat lakukan sesuatu untuk insan tersayang...Semoga Ibu Mentuaku di kurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..


Wednesday 10 October 2012

Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka

Last weekend, Haziq tak balik kampong..ye lah selalunya setiap cuti hujung minggu mesti balik kampong jenguk mak tok & abah tok..Tapi kali ni tidak seperti kebiasaan. Papa agak sibuk minggu ni so xsempat la nak balik kampong.

Seronok dapat berjalan

Di sebabkan tak balik kampong, so dok umah je pon rasa boring..fikir punya fikir, tiba-tiba mama ajak pergi Zoo Melaka.. Best jugak ni…Haziq pon tak pernah  pergi Zoo. Tiket masuk ke zoo RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak tapi Haziq free jer..


Ambik gambar dulu kat pintu masuk..bukti pergi zoo

Mula-mula masuk tu ingatkan xde la jauh sangat so malas la nak naik kenderaan yang di sediakan..Jalan kaki lagi syok..kononnya la kan..Sekali jalan..peerrrgggghhhh…nak tanggal lutut..penat jalan satu hal..penat kejar Haziq pon satu hal..Cuaca pulak agak panas…redha je la…Layan gambar je la ye..

Teruja tengok banyak sangat binatang


Dok la diam2..nak amik gambar ni..


Nak tengok tapi takut...tengok dari jauh je la.


Mentang-mentang haiwan tu diam..berani la datang dekat


AAAuuuummmmm....


Harimau muka manusia..hanya di Zoo Melaka


Nak tunggang kuda xdapat...tunggang kura-kura pon jadi lah..


Besarnya..ape tu..







Badak putih tapi warna kelabu


Haziq ni..dengan kancil pon takut


Dengan burung je haziq berani


Di sini la Haziq kene marang dengan burung..tengok la tu jalan nak depan je.


Antara haiwan-haiwan yang sempat di lawati


Papa & haziq dah kepenatan

Lepas rehat sekejap hilangkan penat..ingatkan nak jalan-jalan lagi pusing-pusing Melaka tapi papa kata lain kali sebab papa kene pergi keje..So dalam pukul 5 petang kitorang pun berangkat pulang ke Ledang.