Monday 31 December 2012

Happy Ending 2012

Pejam celik pejam celik...Dah pon berakhir tahun 2012..Pastinya tahun 2012 meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis dalam kehidupan. Begitulah lumrah dunia, yang mula pasti berakhir..

Perginya takkan kembali namun segala memori yang berpahat di hati akan kekal abadi..Walaupun terasa begitu pantas masa berlalu, terasa 365 hari tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu misi, begitu lah hidup ini yang tidak akan puas dengan satu-satu nikmat yang di berikan.

Aku tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai nikmat dunia sepanjang 365 hari ini..Adakah 365 yang akan datang mampu ku penuhi?? Hanya yang Maha Esa yang mengetahui dan aku mengharapkan perjalananku tidak berakhir disini..

Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan esok pula masih menjadi igauan dan impian.. Impian yang seringkali mecetuskan semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Hidup didunia hanya sekali dan pastinya mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Terima kasih Allah kerana mengizikan diri ini menikmati nikmat-Mu sepanjang tahun ini..

Salam Takzim dari Eirmah Blogger untuk semua...Semoga kita bersua lagi di Tahun 2013...

No comments:

Post a Comment