Sunday 2 December 2012

Selamat Hari Lahir Mak...


Disember muncul lagi…Bila sampai bulan disember, maka tiba lah ulang tahun ibu mentuaku….atas kertas je ibu mentua tapi dalam hati dah macam ibu sendiri… Nak di jadikan cerita, aku terlupa hari ini adalah ulang tahun ibu mentuaku…

Dah la terlupa nak wish, takkan nak diam diri jer..fikir-punya fikir..binik aku bagi cadangan bawak g makan seafood..Tak fikir panjang, terus je terima cadangan tu..Ingatkan nak g makan seafood kat Melaka, memandangkan masa pun dah lewat, g lokasi yang dekat-dekat jer la..

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Biasanya klau nak makan seafood ni, sebelum magrib kitorang dah sampai lokasi..biasa la orang ramai…Tapi kali ni lepas magrib baru gerak dari umah..Sampai-sampai je tempat memang penuh, nasib ada keluarga yang dah siap makan, terus kitorang cop tempat tu..Harap-harap makanan masih ada lagi la…

Memandangkan kami hanya berlima sahaja, so pilih juadah yang ala kadar je la..takut tak habis, dah membazir..

Siakap 3 Rasa..Tengok macam sedap

Pari masak sambal..memang terbaik

Lala masak pedas....

Sotong goreng tepong jangan di lupa.

Telur Dadar untuk haziq...Cian haziq makan telur jer

Sayur capcai..Makan sayur bagus untuk kesihatan

Juadah pun dah terhidang, tunggu ape lagi makan lah…sebelum makan baca doa dulu agar makanan yang di makan lebih berkat..:)


Selamat Ulang Tahun Mak.

Yang ni Bapak Mentuaku..Selamat Menjamu Selera ye Bapak....

Wahh haziq nak makan sendiri..Pandai ke makan sendiri..

Begitu la sedikit sebanyak di hari ulang tahun ibu mentuaku.. Dia tak minta pun semua ni tapi sebagai anak, rasa lebih puas bila dapat lakukan sesuatu untuk insan tersayang...Semoga Ibu Mentuaku di kurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..


No comments:

Post a Comment