Tuesday 25 December 2012

Percutian Akhir Tahun 2012

Haih cepat je masa berlalu..tiba-tiba dah nak year end dah.. Bila hujung tahun je baru teringat nak bawak family gi jejalan…Di awal-awal tahun masing-masing sibuk bkerja..semangat baru la katakan..huhuhuhu

Kebiasaannya bila gi bercuti jer, masing-masing memilih destinasi yang jauh dari kesibukan kota..nak cari ketenangan kononnya…Tapi bagi aku lain pula..dah terang-terang menetap di desa yang permai lagi mendamaikan, so kami pilih bercuti di kota pula..nak merasai kesibukan kota la katakan..kononya lah…

Tapi bukan aku yang plan..semuanya di plan oleh binik aku…cakap je nak g bercuti, pandai la dia selongkar ke pelusuk laman sesawang, cari destinasi yang menarik…yang penting bajet nak ciput…hahaha

Banyak destinasi yang telah di cadangkan tapi semua aku reject dengan alasan kos yang tinggi…hahaha aku ni kedekut siikit..kedekut sikit, tp murah hatinya banyak..kira ok la tu kan..huhuhuhu. Akhirnya antara banyak-banyak lokasi yang di cadangkan, kami decide untuk pergi ke Desa Water Park, I-City Dan Aquaria KLCC…

Percutian 2 hari 1 malam yang melibat 2 keluarga di harapkan mencetuskan kegembiraan yang maksima.

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi pertama






 




Wajah-wajah keletihan mula terpancar

Bila dah penat bermandi-manda, perut pun mulalah menghasilkan muzik yang beguti meriah menandakan masa untuk makan telah tiba..keluar dari Desa Water Park terus pusing-pusing  area cheras cari tempat makan..Plan nak makan kat A&W tapi last last kitorang makan kat Kenny Rogers Roasters…First time aku makan kat sini..

Haziq turut teruja...Biasa makan kat warong jer..

Jening sape tu..macam tak puas hati jer..


Sebelah malam pula kami menuju ke I-City Shah Alam…Walaupun agak keletihan bermain air..bukan agak tapi memang letih pun..Digagahkan jua demi tidak mahu mencacatkan planning…Bila sampai I-City, parking punyalah jauh..menapak hampir 1KM..perghhh dugaan betul la…Namun demi keluarga tercinta ku gagahi jua…

I-City..seronok tengok lampu

Wahhh banyaknya lampu.








Banyak-bayak lampu, yang ni je haziq nampak teruja..

Cool Blog..bekasnya yang mahal..

Masing-masing dah kelaparan

Di sebabkan keletihan yang amat dahsyat, banyak tempat di I-City yang xsempat untuk di kunjungi..Kami terus balik ke penginapan yang telah di sediakan untuk beristirehat bagi menempuhi aktiviti seterusnya keesokan hari…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Selamat Pagi…..wahhh sarapan dah siap la..baguslah penginapan di sini…boleh datang lagi ni…walaupun sisa-sisa keletihan semalam masih ada lagi..namun semangat masih terus membara…memandangkan hari ini pon hari terakir, so apa lah salahnya menghabiskan segala tenaga yang ada…

Lepas sarapan, kami terus bersiap ke Aquaria KLCC..Kali ni bukan 2 keluarga, tapi 3 keluarga…Tak kisah la lagi ramai yang join, lagi seronok rasanya…


Destinasi seterusnya Aquaria KLCC



Ini lah ikan pirana..klau letak gajah, sekelip mata tinggal kulit..

Itu pulak belangkas..sedap di masak lemak cili api....






Haziq dah mula berani menghampiri aquarium

Mama..tolooongg..jerung nak makan haziq...

Suasana dasar laut...menerujakan..

Haziq dah xlarat nak jalan...dah penat la tu..

Mama..ada ikan lalu la

Benda pa ni???..Ni la Obor-Obor.....





Setelah puas pusing-pusing dalam Aquaria, kami pon pergi makan di Kampung Pantai Dalam sekaligus menjadikan destinasi terakhir percutian kami kali ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing…

Moga kita bersua lagi di tahun hadapan..





*dengar-dengar schedule untuk tahun depan dah kuar..jeng..jeng..jeng....

No comments:

Post a Comment