Monday 9 September 2013

Tragedi Hari Raya

Alhamdulillah syawal berlalu dengan jayanya. Walaupun syawal dah berlalu, masih ramai lagi yang berpusu-pusu nak buat open house. Takpe la motif utamakan nak eratkan silaturahim, hari-hari nak buat open house pon xpe.

Sepanjang syawal ni pastinya banyak cerita-cerita menarik mahupun kurang menarik yang menjadi simpanan memori kita. kisah-kisah ini lah yang bakal buat kita tersenyum suatu masa akan datang. Namun begitu dalam kesibukan mengejar kegembiraan, pastinya berlaku kecelakaan yang akan membuatkan kita tersedar agar tidak mengejar kegembiraan semata-mata.

Ini lah yang kami lalui dalam syawal kali ini. kemalangan kecil telah berlaku namun kami masih bersyukur kerana semuanya selamat. Segalanya berlaku ketika dalam perjalanan ke Tg Leman Mersing lebih kurang jam 2pagi. Dalam situasi yang sunyi dan kurang pengguna jalan raya, aku pon tekan minyak kuat-kuat. Ingatlah jalan yang rata jangan di sangka tiada lubang..








Nasib kerosakan tak teruk dan sampai ke destinasi dengan selamat. Keesokkan harinya dalam perjalanan balik, sempat gak la singgah tempat kejadian nak tengok keadaan sebenar tempat tu..Perrgghhhh memang dalam la lubang tu akibat dari kerja-kerja penanaman kalbat. Kiri kanan jalan gaung pulak tu.. So kepada pengguna jalan raya, ingatlah jalan yang rata jangan di sangka tiada lubang.

No comments:

Post a Comment