Tuesday 3 January 2012

Dulu Dan Sekarang

Ini bukanlah kisah cinta antara aku dan dia, tapi merupakan secebis kisah kerjaya aku masa dulu dan sekarang. Melaksanakan tugas yang berbeza tapi masih dalam syarikat yang sama. Aku dah nekad dah nak stay kat syarikat ni sampai akhir hayat.

Usia semakin meningkat, takkan lah nak menghabiskan usia muda untuk mencari kerja jer..so lebih baik stay pada satu keje sehingga mencapai tahap expert dalam bidang yang diceburi. Mula-mula aku masuk keje dulu, keje aku mcm ni :

Ketika di Service Fulfillment Center Kuala Lumpur
Bestkan keje aku, keje dalam opis. Tubuh badan bersih dari sebarang habuk, jauh sekali kotoran degil..huhuuhu..namun itu semua ketika di opis..lepas waktu opis, kehidupan diselubungi dengan asap kenderaan, asap kilang, hiruk pikuk kota & macam-macam lagi lah.

Lebih kurang setahun lebih aku melalui kehidupan sebegini.Aku memohon pindah ke kampung halaman iaitu Muar Johor. Permohonanku diluluskan dengan syarat ada pengganti yang akan menggantikan tempat kerjaku.

Alhamdulillah ada insan berhati mulia yang sudi menggantikan tempatku, dan aku pon kembali lah ke Muar. Sejujurnya memang aku sayang kerja aku tapi mana lebih sayang?? Keluarga atau kerjaya?????

Itu kerja aku masa mula-mula masuk kerja. Tapi kini kerja aku mcm ni pulak :

Ketika di PCM Tangkak

Begini lah kerja aku yang berhadapan dengan alat-alat telekomunikasi. Kerja memang bergelumang dengan habuk2 dan sedikit minyak tapi lepas waktu kerja, fikiran tenang je..jauh dari hirik pikuk kota.. yang paling penting keluarga dekat di mata dan dekat di hati..berbeza bukan?? Berbeza memang berbeza..

Begitulah kehidupan..Pastinya ada kelebihan dan kekurangan..Apa-apa pun kene la bersyukur dengan apa yang di miliki..

No comments:

Post a Comment