Thursday 5 January 2012

SBPA OH SBPA

Ciptaan manusia tak pernah kekal begitu la situasi yang di tanggung oleh penjawat awam di atas system yang kian berubah-ubah dari masa ke semasa.. Dahulunya di kenali sebagai Sistem Saraan Malaysia (SSM), namun kini pula di tukar kepada Saraan baru perkhidmatan Awam (SBPA). Kononnye system ini lebih efisyen la.

Tengok ni..dah habis sekolah pon kene pegang pensil lagi

Walaubagaimanapun ia banyak menimbulkan suasana kurang berpuas hati di kalangan staff bawahan. Itu lah yang aku alami. Dalam jangkasama yang di singkat, terpaksa menyiapkan dokumen-dokumen staf-staf di bawah jagaan.masa yang di berikan hanya lebih kurang 2minggu mulai 16 Disember dan berakhir pada 30 Desember 2011. Mana cukup 2minggu..


Bagi staff yang ada di Malaysia, boleh la kejar minta tandatangan, bagaimana pula dengan staff yang berada di luar Negara??emmm terpaksa la potong ibu jari pos balik Malaysia..huhuhu..Apa sebenarnya motif pihak kerajaan buat perubahan terburu-buru macam ni.

Ni baru 2 3 fail..beribu-ribu fail lagi yang tengah tunggu giliran

Nasib baik Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.


Bukan ke kerja yang terburu-buru ni banyak menimbulkan kesilapan.. kalau dah tersilap,, kita jugak yang kene marah.

Kerja nak cepat tapi sistem lambat

Walaubagaimana pun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah bersetuju supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diteruskan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dengan tempoh opsyen dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.


Wahai bos-bos ku yang di kasihi, tolong la jangan bagi kerja last-last minute..kasihani la kami staff-staff bawahan ni.

No comments:

Post a Comment