Thursday 2 February 2012

Rumahku Syurgaku - Part 1

Kat sini perkembangan umah kecilku. Inilah istana kami yang terletak di Taman Gunung Emas 2, Ledang Johor. Ni kiranya rumah pertamaku la. Buat masa ni kami sewa je dulu kat Taman Tangkak Jaya.

Taman Baru..signboard pon cantik lagi

Lokasi Gunung Emas ni dipilih sebab ia berdekatan dengan Bandar Tangkak. Nak  pegi keje pun senang. Kira-kira 5 minit jer dh sampai Opis. Alkisah bermula apabila ramai rakan-rakan mula membeli rumah.. Harga hartanah pula makin hari makin meningkat, rentetan dari itu kami memutuskan untuk membeli rumah sebelum harga hartanah meningkat lagi tinggi.

Pada awalnya kami mencari rumah di sekitar Bandar Baru Tangkak, kat situ memang  banyak rumah dalam pembinaan namun kesemuanya telah di miliki. Sehinggalah seorang rakan isteriku memberitahu ada sebuah projek perumahan yang sedang dalam pembinaan di area Gunung Emas. So isteriku bersama rakannya pergi la kat tapak projek tu untuk berjumpa ngan pemaju..Masa tu keadaan rumah dah hampir 80% siap..Aku xikut sebab masa tu aku masih bertugas kat KL lagi.

Keadaan rumah ketika mula-mula datang melawat

Mozek dah siap di pasang

Sampai keatas dia mozek..ok ni..

Kitorang memang kalau boleh nak cari rumah yang paling murah..ye lah gaji kitorang pon bukan besar sangat pon..Masa jumpa pemaju tu, dia kata rumah RM24K & RM50K dah habis..RM80K pon tinggal 2 3 buah je.. Klau RM100K ke atas banyak lagi la.

Kami pun cepat-cepat la booking rumah RM80K tu..emm kalau lambat takut melepas..hehehe… Kami memilih Lot 27772 .Berdekatan dengan taman permainan. Depan rumah pulak ada tanah kosong, pemaju tu kata tapak Tadika..Senang la Haziq nanti nak gi sekolah dan bermain di waktu petang.  Kiri kanan pulak owner dia cina. Puas hati......... (buat hal sendiri jer)

Pagar dah siap pasang..Pintu je yang belum ada lagi.

Tapak Tadika yang di beritahu oleh pemaju

Taman permainan pon dekat je

Ada sedikit ruang di belakang..boleh renovate dapur ni..

Selang beberapa minggu, ada rumah RM50K hendak dijual semula kerana owner rumah tu ada masalah pinjaman. Nak wat loan xlepas. Kitorang g la tengok rumah tu. Mula-mula berkenan gak tp bila tengok depan rumah ada stesen indah water, terus kitorang reject..Takpe lah teruskan je niat rumah RM80K tu.

Ni la rumah 50K tu..setentang ngan 'tasik buatan'
Insyaallah klau semuanya berjalan lancar, pertengahan 2012 kami berpindah la ke sini. Cukup la untuk kami 3 beranak. Syukur ke hadrat Illahi kerana di kurniakan rezeki untuk kami sekeluarga cuma aku je yang kadang-kadang terlupa untuk bersyukur.


psstt...sape-sape yang nak sponsor barangan dalaman rumah, kami alu-alukan ye..jangan malu jangan segan..kami sedia meneriamanya..

No comments:

Post a Comment