Tuesday 7 February 2012

Asam Pedas Parit Jawa


Parit Jawa bukan lagi nama asing yang acapkali di sebut-sebut walau di mana kita berada. Jika dulu Parit jawa merupakan perkampungan nelayan yang terpinggir dari kepesatan kota, namun kini Parit jawa terkenal di seluruh dunia dengan trademarknya yang tersendiri. Bila sebut je Parit Jawa, dah terbayang di minda masakan asam pedas yang terbaik di dunia. Rasanya yang menambat jiwa mampu menarik warga kota untuk kembali ke desa. 

Papan tanda yang memudahkan para pengunjung

Disinilah Asam Pedas stop center...parking banyak tp penuh sentiasa
 
Di Parit Jawa ni memang banyak Restoran-restoran, kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual asam pedas tak kira la di waktu pagi, tengahari mahupun malam..Namun dalam banyak-banyak kedai yang menjual asam pedas, kami sekeluarga pastinya akan memilih Asam Pedas Mak Pon. Pelbagai jenis ikan ada kat sini seperti siakap, cencaru, sembilang, kembung dan banyak lagi la.. Jika ada yang teringin ikan bilis masak asam pedas pon, tokey kedai ni sanggup sediakan..huhuhu.

Disini lah asam pedas yang diminati ramai...sedaaaap beb..

Asam Pedas Ikan Caru

Asam Pedas Ikan kerapu

Asam Pedas Ikan Mayong

Asam Pedas Ikan Siakap

Kehadiran pengunjung yang ramai mengukuhkan lagi kenyatan bahawa asam pedas kat sini memang sedap..Ni bukan kali pertama kami makan disini, dah banyak kali dah cuma baru kini tergerak hati nak masukkan entry Asam Pedas. Kali ni kami sekeluarga memilih asam pedas ikan mayong dan kerapu.  Cukup la untuk lunch hari ni. Lagi pon kami berempat je yang makan, haziq belum pandai makan lagi.

Menu lunch hari ini...Asam Pedas Ikan Mayong, Kerapu dan Telur Dadar

Haziq ikut papa dia...dapat la aku menikmati keenakan asam pedas dengan tenang

Sukar mencari meja kosong..hampir setiap meja penuh

Pelanggan yang silih berganti

Kepada penggemar-penggemar asam pedas, jangan la segan silu untuk mencuba Asam Pedas Parit Jawa...Sekali rasa pasti teringat sampai akhir hayat...


No comments:

Post a Comment