Monday 27 May 2013

Selamat Hari Lahir Isteriku Sayang

Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Norhasmah Jumaat...
Selamat Hari Jadi...Yeaahhhhh tepuk tangan tepuk tangan....


Selamat hari Lahir Sayang

27 MEI. Bagi insan lain, mungkin tiada apa-apa yang penting pada tarikh ini. Namun, bagi aku, tarikh ini merupakan antara tarikh terpenting dalam hidup aku. Pasti, tarikh yang berlalu menjadi sesuatu yang paling jauh dengan kita. Apa yang paling dekat dengan kita adalah masa sekarang. Maka, tarikh yang berlalu perlu dikenang sebagai panduan dan kenangan serta pemberi ingatan berkekalan tentang sebuah kehidupan.

Tanganku menjadi kaku fikiranku beku bila nak mengarang tentang dirimu, isteri tersayangku. Benarlah, cinta dan kasih sayang kadang-kadang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Mungkin hanya bisikan mesra yang mampu merungkai segala-galanya.

Tiap kali tarikh ini tiba, tiap kali itu juga kamu cuba menggodaku untuk tidak memberikan sesuatu untukmu. Mana mungkin aku mampu begitu, sedangkan kamu insan istimewa dalam hidupku. Biarpun cepat mahupun lewat, pastinya ada sesuatu untuk dirimu.
 
Hadiah bukanlah nilaian kasih dan sayangku buat kamu. Ianya  hanya tanda ingatan ikhlas seorang suami terhadap kamu. Jadi, janganlah dipandang pada nilai harganya tapi pandanglah ia pada nilai ingatanku, seorang yang bernama suami.

Selamat Hari Lahir Sayangku Norhasmah..Semoga kamu di panjangkan umur dan di mewahkan rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik. Aku amat menyintaimu..

Dan ini khas untukmu.

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia


Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara


Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa


Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia


Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya


Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar



Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa


Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda


Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar


Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama


Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...


Dah..dah..cukup la tu..Jom abang belanja makan.

Kek pon share ngan haziq

Juadah untuk hari ini...emm nyam..nyam...

Ni la yang di cari....Siakap 3 Rasa

No comments:

Post a Comment