Saturday 25 May 2013

Selamat Hari Lahir

Syukur alhamdulillah..tanggal 25 Mei 2013, genap lah usia Haziq Shah 2 tahun. Memang pantas masa berlalu.

Jika di imbas semula 2 tahun yang lalu, berbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa di tempuhi bagi memastikan Haziq selamat di lahirkan.

Demi menyambut ulang tahun Haziq yang ke-2, sedikit jamuan keluarga telah di rancang oleh papa & mama.

Jamuan yang sederhana namun situasi ceria yang di cari. Bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai ni.

Segala perancangan dapat di jayakan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Sebelum mengakhiri coretan, kami ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat cela dalam majlis yang di laksanakan.

Akhir kata Selamat Hari Lahir kepada Muhammad Nor Haziq Shah. Semoga menjadi anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment