Tuesday 26 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 3

Signboard yang masih lagi tersergam indah

Syukur lagi kami panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memperkenankan doa kami selama ni. Rumah yang kami renovate telah pon siap sepenuhnya pada pertengahan Jun yang lalu.

soyok telah pon siap di pasang

Alhamdulillah... kami bakal berpindah ke rumah baru sebelum Ramadhan bermula. Syukur sangat2 sebab proses dari mula kami mendapatkan rumah tidak sesukar mana. Walaupun pada mulanya ada 3-4 pilihan lokasi dan harga yang perlu kami pertimbangkan... semuanya dapat di selesaikan  dalam masa yang telah di tetapkan.

Ruang bawah tangga telah menjadi stor
Seperti dalam mimpi, rumah yang kami harap-harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun ianya kecil namun kami amat berpuas hati kerana dari hasil titik peluh kami sendiri. Insyaallah, klau ada rezeki cari la rumah yang lebih besar dan selesa.

Salur air juga telah ditutup dari pandangan umum.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pakcik Usop yang renovate rumah kami kerana banyak memberikan cadangan-cadangan serta berkongsi idea dalam proses renovation di jalankan.

Kabinet yang simple..bujet ciput.

Proses perpindahan akan di jalankan dalam pertengahan bulan Jun juga..dah tak sabar nak pindah ni..terpaksa lah bertungkus lumus mengemas dan membersihkan rumah. Walaupun penat yang teramat sangat, dengan semangat yang berkobar-kobar, semuanya berjalan lancar.

Penambahan pintu kayu serta grail juga telah siap

Rumah dah kemas, barang-barang pon dah packing, nak pindah ni, barang-barang nak angkat pakai ape??? Takkan nak naik kereta jer…alamak…..tolong…tolong…tolong…sape ada lori, kami nak pinjam….kalau boleh free dan selesa..

No comments:

Post a Comment