Tuesday 5 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 2

 
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, rumah yang kami idam-idamkan telah di sahkan layak duduk pada awal bulan Mei yang lalu. Ermmm tambah satu lagi sejarah yang berlaku pada bulan mei dalam hidup aku.

Walaubagaimanapun, aku dan isteri telah mengambil keputusan untuk membuat sedikit renovation kat umah tu dulu. Biasa la rumah murah, pasti ada kekurangannya. Lain la kalau rumah berharga ratusan ribu ringgit, pastinya telah complete dan sedia untuk di duduki dengan selesa.

Nak wat renovation ni pon satu hal gak..Klau boleh nak cari kontraktor yang murah dan hasil kerja yang cantik..ada ker??? Yelah buget pun cipuuttt jer..

Bujet ciput, lampu pon kene pasang sendiri

Atas bantuan orang lama yang tinggal di daerah ni, kami pon dapat sorang tukang rumah ni..harga tu nak kata mahal tak jugak, murah pon tak jugak..kira sedang-sedang je la.  Kerja-kerja pembinaan di jalankan serta merta. Opsss…sebelum yang pembinaan tu kene la minta kelulusan Majlis daerah dulu……

Kat belakang rumah ni ada sedikit kawasan lapang, so kami decide nak tambah dapur kat situ. Bukan nak renovate yang grand2 pon just tambah dapur jer. Takde ape yang special pon.

Kawasan yang agak kecil tapi cukup la untuk sebuah dapur

Di bahagian depan pulak nak pasang soyok. Senang parking kereta & motosikal, xde la kene hujan panas.

Kerja-kerja pemasangan rangka soyok giat di jalankan

Rangka soyok telah siap di pasang

Di awal perancangan, memang la hanya dapur dan soyok sahaja yang akan di pasang, namun tukang  rumah kata ada batu bata yang terlebih, so kami suruh tukang rumah tu amik je la batu bata tu bawak balik..klau tinggal pon kami tak tahu nak simpan kat mane batu bata tu..nak buang terasa rugi, Tukang rumah tu cadangkan kami untuk wat stor bawah tangga dan tutup salur air dari toilet atas.

salur air dari toilet atas telah di tutup

Stor pon dah hampir siap

Ape yang bestnya, penambahan binaan ni di lakukan secara percuma tapi macam xsampai hati pulak kat tukang rumah tu. Tengok la nanti, klau ada rezeki lebih kami, kami bagi la saguhati kat tukang rumah tu.

Semoga tukang rumah tu di limpahi rezeki yang melimbah ruah di atas kerelaannya melaksanakan penambahan binaan secara percuma di rumah kami. Kami pula mengharapkan renovation ini dapat di siapkan pada pertengahan Jun 2012.



No comments:

Post a Comment