Thursday 22 December 2011

Gunung Ledang

Gunung ledang jelas kelihatan dari Bandar Tangkak yang jaraknya lebih kurang 4KM.

Kali ni saya nak bercerita sedikit tentang salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Johor iaitu Gunung Ledang..Saya telah di tugaskan di ibusawat Tangkak Johor. Berdekatan jugak la dengan Gunung Ledang yang berketinggian 1276 meter. Merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.

Pada 07hb yang lalu saya telah ‘mendaki’ gunung ledang. Kabiasaannya saya akan 'mendaki' gunung ledang  untuk membuat pemeriksaan peralatan telekomunikasi supaya berada pada tahap terbaik serta memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan ini. Kalau nak cerita lebih lanjut apa tugas saya mungkin ada yang tak paham kerana terlalu teknikal.


Selain perkhidmatan talian tetap, perkhidmatan sewaan talian data, penyiaran radio dan TV juga merupakan antara produk di bawah seliaan team saya. Kerana sebab itulah kenapa peralatan ini di pasang di puncak Gunung.


Suasana di puncak gunung yang indah dan nyaman

Mungkin ada yang nak tahu dengan apa saya ‘mendaki’? Ya lah, dengan hanya kurang dari sejam, saya telah pon berada di puncak gunung ledang. Untuk pengetahuan semua, saya ‘mendaki’ menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Untuk ke puncak gunung ada laluan jalan tar yang di bina oleh Telekom Malaysia sejak berkurun lamanya. Walaupun jalan tar, namun ia berliku dan curam.Terdapat juga kesan-kesan runtuhan tebing. Walaupun ia berisiko, namun pendakian harus di teruskan demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Haa tengok ni..puncak Gunung Ledang bawah ketiak aku jer...

Ketika di puncak Gunung, kita boleh melihat sekitar Bandar Tangkak, Selat Melaka Dan Sumatera Indonesia. Itupun bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca berkabus, Nampak kabus je la jawabnye..Nak ‘mendaki’ ada pantang larangnye..kalau tersilap langkah, boleh naik tp tak boleh turun..emmm sape nak tanggung…


Suasana berkabus..ketika ni waktu beransur senja.


Ramai tahu kisah di sebalik Gunung Ledang. Kisah seorang puteri yang di pinang oleh Hang Tuah untuk Sultan Melaka yang akhirnya tidak menjadi kenyataan. Realitinya Gunung Ledang wujud dan kisah sang puteri ini hanyalah cerita rakyat turun menurun yang kesahihannya masih diragui. Namun kisah Puteri, Hang Tuah dan Sultan Melaka yang menyebabkan Gunung Ledang terkenal dengan mitosnya.


Oh ye, terlupa nak bagitahu, kali ni aku ‘mendaki’ gunung bukan atas urusan maintenance tetapi disebabkan berlakunya kebakaran di sebuah bilik pemancar siaran TV8. Di sebabkan dari kebakaran tersebut,siaran TV8 & NTV7 terputus di sekitar kawasan Ledang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Namun segalanya dapat di pulihkan dalan tempoh 24jam.


Beginilah keadaan alat pemancar yang rentung di jilat api

Begitu lah kisahnye..Sekian Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment