Wednesday 7 March 2012

LV76TI

Dalam zaman kemodenan ini, bermacam-macam gajet telah tercipta dari seluruh genap Negara. Jika dulu kita berbangga dengan gajet ciptaan jepun, namun kini Negara china pula menunjukkan taringnya dalam penciptaan gajet. Apa yang menariknya, kualiti gajet-gajet dari Negara china hampir setanding dengan Negara jepun dengan harga jauh lebih murah.

Sehinggakan saya sendiri tetarik dengan salah satu gajet dari Negara China iaitu gajet model LV76TI. Apa menariknya gajet LV76TI ni..Sekali pandang ia seakan-akan seperti i-pad namun perbezaannya hanyalah gajet ini tidak boleh membuat mahupun menerima panggilan.

Rekabentuk seperti ipad mampu menarik perhatian pengguna

LV76TI merupakan tablet PC yang menggunakan program pemproses Allwinner A10 dengan ultra frekuensi 1.5GHz yang menjadikan LV76TI ini mampu menyokong rakaman video definisi ultra tinggi 2160P. Di samping itu, LV76TI juga menyokong main semula video 3D dan 5.1 saluran output serta menggabungkan pemecut grafik 3D yang kukuh dengan prestasi permainan yang cemerlang. Teknologi multi-sentuh, 7-inci definisi tinggi skrin untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza untuk pelbagai aplikasi

Dilengkapi dengan pelbagai aplikasi menjadikan ia lebih sempurna

Dilengkapi dengan paparan sokongan HDMI membolehkan pengguna menyambungkan video stereo LV76TI MVC-3D melalui HDMI output ke TV anda dan menikmati sinematik 3D.

LV76TI di lengkapi dengan rangkaian Wifi serta boleh juga menggunakan rangkaian berwayar melalui sambungan USB.  Kamera hadapan yang di sediakan juga membolehkan pengguna membuat panggilan video seperti QQ, SKYPE  dengan ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Port yang mampu menjadikan ia lebih canggih

LV76TI sempurna untuk memenuhi dalam talian, QQ chat, microblogging, membaca buku, bermain permainan dan aplikasi, ciri-ciri yang berkuasa, yang tiada tandingannya berkelajuan tinggi teras dan perkakasan yang kuat adalah jaminan kualiti yang boleh dipercayai.

Pelbagai aplikasi yang boleh di masukkan mampu memberi kepuasan kepada pengguna

Bukan sesuatu yang mustahil jika model LV76TI ini mendapat sambutan yang hangat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment