Monday 26 March 2012

Impian Morib Hotel

Assalamualaikum..

Jika sebelum ini banyak perjalanan yang di laksanakan tanpa di rancang, namun kali ni kami sekeluarga membuat perancangan yang rapi bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar..bila perjalanan berjalan dengan lancar, takde la isu-isu terlebih bajet dan sebagainya.

Kali ni Haziq bukan sahaja pergi bersama mama & papa, tapi mak tok, abah tok, mak uda sekeluarga pun turut sama..sebenarnya ini semua program mak uda, tapi mama haziq yang sibuk nak ikut, so..nak tak nak papa haziq terpaksa la ikut sekali..(ceh..ayat macam terpaksa pergi je padahal memang nak ikut pon..)

Penginapan yang menjadi pilihan di Morib


Destinasi kali ni di Morib, Selangor..biasa dengar tapi xpernah sampai pon.Bila sampai je kat morib, ia merupakan suatu kawasan perkampungan yang sedang membangun. Memang sesuai untuk menenangkan fikiran yang sedang kacau bilau.

Masa untuk check-in

kawasan parking yang luas memudahkan para pengunjung.

Ini dia bilik untuk kita bermalam pada malam ini..Bilik 107...

Perjalanan yang memakan masa hampir 3jam dari bandaraya Muar membuat papa haziq terasa letih..niat di hati nak je terus terjun kolam renang tu, tapi rehat-rahatkan la badan dulu. Papa haziq terus melabuhkan diri ke tilam yang agak empuk di iringi dengan hembusan aircond yang nyaman menambahkan lagi keindahan mimpi yang tercipta.

Baru je nak lelap, mak uda dah panggil ajak makan-makan di biliknya sempena menyambut ulang tahun abang ammar ke-2. Terbantut nafsu tidur tp xpe la perut pon memang tengah lapar..hehehe..

Selamat hari lahir abang ammar

Wahhh sedapnya kek.


Haziq ikut sape tuu..

Setelah segala juadah yang terhidang habis di telan, haziq, papa dan mama balik semula ke bilik untuk sambung tidur balik sebab lepas asar aktiviti terjun kolam beramai-ramai..

Lepas makan rehat-rehat dulu

Selamat tidur semua

Haziq lena tidur di samping papa

Dah tido baru lah cergas.

sempat gak haziq ngurat awek.

Haziq dah mula kesejukan


Orang-orang kuat dalam menjayakan program ni.

Mak nak mandi gak tapi partner xde..hehehe cian mak..

Setelah 2 hari 1 malam berlalu, kini tibanya masanya untuk pulang ke Muar, rasa belum puas menikmati panorama di Morib ni. Sebelum meninggalkan Impian Morib Hotel ni, jom la kita pakat amik gambar di depan bilik masing-masing..


Anak cucu Datok mahat sekeluarga

Datuk mahat bersama Datin Munah


Papa & mama Haziq..emm Haziq tido la pulak

So sekian sahaja review percutian untuk kali ini..secara keseluruhannya hotel ini merupakan hotel yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga..harga pula berpatutan dan servis fasiliti juga tidak mengecewakan.

No comments:

Post a Comment