Sunday 25 August 2013

Lagi Lagi Selamat Hari Raya

Yehhh  raya raya  raya...Syukur Alhamdulillah masih di berikan peluang untuk menikmati syawal yang penuh makna ini..Kemeriahan sememangnya jelas di rasai apabila atok, makcik, pakcik, sepupu sepapat sudi berkunjung ke teratak kami di Ledang Johor.

Selamat datang..Jemput masuk..

Jemput makan..jangan malu jangan segan
Sudah menjadi adat dan aktiviti tahunan di mana kunjung mengunjung rumah sanak saudara di lakukan. Bagi kami, ini merupakan kali kedua saudara mara datang ke teratak kami. Ye lah kami pindah ke sini pon tahun lepas. Baru dapat merasai 2 kali syawal di sini.


Kesesakan mula di rasai

Begini lah situasinya..selesakan lah diri ye..
Dalam keseronokan melayan tetamu yang hadir, terselit juga rasa sayu bila melihat para tetamu terpaksa berasak-asak mencari port nak landing. Maaf ye semua, ruang tamu besar sangat. Beginilah keadaan rumah taman, dah tak boleh nak adjust lagi.


Haa tengok tu boss terpaksa dok depan pintu..sori ye boss

kesedapan menjamu selera jelas terpancar..jangan malu, boleh tambah lagi

Seronok bila melihat tetamu berselera menjamu juadah yang dihidangkan. Hilang rasa penat menyediakan juadah dari malam sampai ke pagi.

Jemput makan ye big boss
Alamak...Sibuk melayan tetamu, rupanya big boss xmakan lagi..Sori ye big boss..buatlah macam rumah sendiri layan diri yer.
Haziq & Abang Arif
Thanks you Abang Arif kerana bekerja keras menjaga Haziq.. Papa & Mama sibuk rewang di dapur.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.. Panjang umur kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment