Friday, 29 June 2012

Dah Selamat Pindah Rumah Baru

Peeerghhhh LEGA ! sangat lega walaupun kaki pinggang semua macam nak patah. Angkat kotak sekejap ke sini, sekejap ke sana. Bawak naik atas, Pastu salah, bawak turun balik.. Memang nak tecabut pinggang dibuatnya.  Now i know, macam mana susahnya dan penatnya nak pindah rumah ni. Its not  easy..!

Hari yang kami sekeluarga nanti-nanti kan akhirnya tiba jua..tanggal 23/06/2012 hari Sabtu..kami pindah ke rumah baru kami di Taman Gunung Emas 2..tak jauh pun..pindah seberang jalan je..tak sampai pun 5km dari Taman Tangkak Jaya (rumah lama kitorang)..hehehe..

TQ TM...Sponsor lori

Ini dia badang TM..huhuhu

Barang nampak kecik tp berat.

Ruang tamu yang sempat di kemas

Ruang makan yang simple.

Antara barang utama yang di sumbat di dapur.

Stor..disinilah barang2 akan di sumbat

Ada sape2 yg nak sponsor home theater system

Nak bujet punye pasal..kipas ni pon pasang sendiri

Parking Time

Begini lah rupa dapurku dari luar

Kemas mana yang termampu jer..mana-mana barang yang xsempat nak kemas, kitorang sumbat je dalam stor…

Ini lah barang2 terpilih yang di sumbat dalam stor

Nak guna nanti baru cari..tu pon klau jumpa la masa di cari..huhuhu. Apa-apa pon, terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses perpindahan ni.


Tuesday, 26 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 3

Signboard yang masih lagi tersergam indah

Syukur lagi kami panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memperkenankan doa kami selama ni. Rumah yang kami renovate telah pon siap sepenuhnya pada pertengahan Jun yang lalu.

soyok telah pon siap di pasang

Alhamdulillah... kami bakal berpindah ke rumah baru sebelum Ramadhan bermula. Syukur sangat2 sebab proses dari mula kami mendapatkan rumah tidak sesukar mana. Walaupun pada mulanya ada 3-4 pilihan lokasi dan harga yang perlu kami pertimbangkan... semuanya dapat di selesaikan  dalam masa yang telah di tetapkan.

Ruang bawah tangga telah menjadi stor
Seperti dalam mimpi, rumah yang kami harap-harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun ianya kecil namun kami amat berpuas hati kerana dari hasil titik peluh kami sendiri. Insyaallah, klau ada rezeki cari la rumah yang lebih besar dan selesa.

Salur air juga telah ditutup dari pandangan umum.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pakcik Usop yang renovate rumah kami kerana banyak memberikan cadangan-cadangan serta berkongsi idea dalam proses renovation di jalankan.

Kabinet yang simple..bujet ciput.

Proses perpindahan akan di jalankan dalam pertengahan bulan Jun juga..dah tak sabar nak pindah ni..terpaksa lah bertungkus lumus mengemas dan membersihkan rumah. Walaupun penat yang teramat sangat, dengan semangat yang berkobar-kobar, semuanya berjalan lancar.

Penambahan pintu kayu serta grail juga telah siap

Rumah dah kemas, barang-barang pon dah packing, nak pindah ni, barang-barang nak angkat pakai ape??? Takkan nak naik kereta jer…alamak…..tolong…tolong…tolong…sape ada lori, kami nak pinjam….kalau boleh free dan selesa..

Tuesday, 5 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 2

 
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, rumah yang kami idam-idamkan telah di sahkan layak duduk pada awal bulan Mei yang lalu. Ermmm tambah satu lagi sejarah yang berlaku pada bulan mei dalam hidup aku.

Walaubagaimanapun, aku dan isteri telah mengambil keputusan untuk membuat sedikit renovation kat umah tu dulu. Biasa la rumah murah, pasti ada kekurangannya. Lain la kalau rumah berharga ratusan ribu ringgit, pastinya telah complete dan sedia untuk di duduki dengan selesa.

Nak wat renovation ni pon satu hal gak..Klau boleh nak cari kontraktor yang murah dan hasil kerja yang cantik..ada ker??? Yelah buget pun cipuuttt jer..

Bujet ciput, lampu pon kene pasang sendiri

Atas bantuan orang lama yang tinggal di daerah ni, kami pon dapat sorang tukang rumah ni..harga tu nak kata mahal tak jugak, murah pon tak jugak..kira sedang-sedang je la.  Kerja-kerja pembinaan di jalankan serta merta. Opsss…sebelum yang pembinaan tu kene la minta kelulusan Majlis daerah dulu……

Kat belakang rumah ni ada sedikit kawasan lapang, so kami decide nak tambah dapur kat situ. Bukan nak renovate yang grand2 pon just tambah dapur jer. Takde ape yang special pon.

Kawasan yang agak kecil tapi cukup la untuk sebuah dapur

Di bahagian depan pulak nak pasang soyok. Senang parking kereta & motosikal, xde la kene hujan panas.

Kerja-kerja pemasangan rangka soyok giat di jalankan

Rangka soyok telah siap di pasang

Di awal perancangan, memang la hanya dapur dan soyok sahaja yang akan di pasang, namun tukang  rumah kata ada batu bata yang terlebih, so kami suruh tukang rumah tu amik je la batu bata tu bawak balik..klau tinggal pon kami tak tahu nak simpan kat mane batu bata tu..nak buang terasa rugi, Tukang rumah tu cadangkan kami untuk wat stor bawah tangga dan tutup salur air dari toilet atas.

salur air dari toilet atas telah di tutup

Stor pon dah hampir siap

Ape yang bestnya, penambahan binaan ni di lakukan secara percuma tapi macam xsampai hati pulak kat tukang rumah tu. Tengok la nanti, klau ada rezeki lebih kami, kami bagi la saguhati kat tukang rumah tu.

Semoga tukang rumah tu di limpahi rezeki yang melimbah ruah di atas kerelaannya melaksanakan penambahan binaan secara percuma di rumah kami. Kami pula mengharapkan renovation ini dapat di siapkan pada pertengahan Jun 2012.



Wednesday, 30 May 2012

Mei Punyer Citer

Bulan Mei menjelma lagi..kenape Mei..kan banyak lagi bulan-bulan yang lain.
Mei penuh bermakna dalam hidup ni walaupun bisday aku bukan bulan MEI.

BIRTHDAY HAZIQ

Haziq telah selamat di lahirkan pada bulan MEI. Tanggal 25 Mei 2011, haziq selamat di lahirkan melalui pembedahan. Tiada siapa yang mahukan pembedahan. Setiap bakal-bakal ibu pastiknya mahu bersalin secara normal namun kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Doktor kata saiz baby besar dan terpaksa bersalin awal 2minggu dari tarikh yang sepatutnya. Kononnya di awalkan bagi membolehkan si ibu melahirkan anak secara normal. Tapi haziq tidak mahu keluar juga walaupun ubat telah di masukkan dan air ketuban juga telah di pecahkan sehinggakan sampai satu tahap nadi haziq dah lemah dan keputusan untuk menjani pembedahan terpaksa di ambil.

Namun itu semua cerita setahun yang lalu. Pada 25 Mei 2012 yang lalu genap lah usia haziq setahun. Alhamdulillah kami dapat melepasi tahun pertama bersama Haziq. 

Sempena birthday haziq yang pertama ni, mama telah belikan kereta untuk Haziq. Permintaan dari mama tapi papa yang kene bayar..ish..ish..ish…

Jom layan gambar dulu.

Segar dari kedai..order baru buat

Tayar baru siap di pasang..enjin dah pasang lom???

lama lagi ke nak siap ni.

Kereta dah siap sedia untuk di pandu..vvrroooooommmmm.

Woww…Kecik-kecik dah dapat kereta.. Pandu dengan cermat ye..dont drink and drive. Kita layan gambar lagi..

Jamuan untuk Haziq

Kek Angry Bird menjadi pilihan.

Selamat hari lahir Haziq.. + mama sekali pon boleh..

Papa pon nak gak..hehehe

Potong kek sudah, makan pon sudah, tiba lah masanya nak test drive..vrooommm...vrrooommm.. Lokasi pilihan kat umah mak tok..kawasan luas sikit..hehehe

Selamat Memandu..Hati-hati di jalan raya

Semoga Haziq membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak yang soleh.


BIRTHDAY MY WIFE

Isteri aku juga di lahirkan pada bulan Mei. Hampir-hampir dengan tarikh lahir haziq. Lepas tarikh lahir haziq, selang beberapa hari tarikh lahir isteri kau pulak. So bila tarikh lahir hampir-hampir dengan anak, mintak maaf la ye banyak-banyak, xde bujet untuk sambut hari lahir sayang.. Bujet dah habis kan anak..hehehehe.

Tapi masih ada sesuatu untuk isteriku yang tercinta. Walaupun tak sebesar yang di impikan namun boleh di jadikan kenangan di masa mendatang kerana ini yang termampu abang barikan untuk kali ini.. Saje tak nak tanya nak ape tahun ni coz klau di tanya, mesti jawab nak Samsung Galaxy S III...Pergghhhh.. Seeeerrraammmm bila dengar.

Selamat hari lahir semoga panjang umur dan menjadi seorang ibu, isteri dan anak yang solehah.


DAPAT KERJA

Walaupun berbagai-bagai bidang kerja yang pernah aku ceburi selepas tamat pengajian, namun bidang-bidang kerja tersebut belum cukup kuat untuk aku declare sebagai bidang kerja yang menjamin masa depan ku sehingga lah aku mendapat tawaran kerja dari salah sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia.

1 Mei 2010 aku telah di terima berkhidmat di Telekom Malaysia. Telah lama aku impikan untuk berkhidmat di TM. Walaupun TM bukan badan kerajaan sepenuhnya yang ada pencen bila dah tua, namun TM merupakan salah sebuah syarikat milik kerajaan ( GLC ) yang boleh di katakan kukuh dari segi ekonominya.

Begini lah suasana tempat kerjaku kini

Bila milik kerajaan tu maknanya Syarikat ni tidak akan bankrupt kerana bila ada masalah kewangan je, kerajaan akan bantu….

Sekian sahaja sedikit sebanyak kisah sejarah yang terjadi dalam bulan Mei ni..





































Opssss….. sebelum terlupa, bulan Mei ini juga merupakan Birthday Bapak mentuaku, Kakak iparku juga anak sedara isteriku…Ramai betul  yang lahir bulan Mei  ni…

Wednesday, 25 April 2012

Berhenti Menyusu

Sejah haziq lahir, mama memang bagi susu ibu je kat haziq sebab susu ibu adalah susu yang terbaik merangkap pengurangan kos perbelanjaan bulanan..hehehe

Namun pada 13 April 2012 yang lalu, mama terpaksa mengikuti kursus induksi selama 2minggu. Dalam tempoh itu juga la mama tak dapat bagi susu ibu kat haziq. Papa terpaksa berusaha mencari susu yang sesuai untuk haziq dan akhirnya haziq memilih susu anmum. Fuyooo harga boleh tahan..tak pe la 2minggu je kan.

Setelah 2minggu berlalu, haziq dah tak nak hisap susu ibu lagi. mungkin susu dari air tangan papa lebih sedap kot..hehehe. Hari-hari cuba bagi susu ibu kat haziq namun haziq tetap tak nak. Tak tercapai la hajat mama & papa nak bagi haziq susu ibu sehingga umur 1 tahun. Haziq berhenti menghisap susu ibu pada usia 10bulan.

Papa dah garu kepala je bila tengok haziq tak minum susu ibu lagi. Takpe la mama dengar papa naik gaji kan..ok la tu. Papa pun dah rajin bangun malam buatkan susu untuk haziq, dapat la mama tido lena sikit..Good Luck Papa

Monday, 2 April 2012

Restoran Marina

Sarapan sudah, makan tengahari pon sudah. Kini tiba la masanya nak makan malam pula. Kali ni masih lagi di kawasan muar. Sebelum ni tak tau pon ada tempat makan kat kawasan ni sehinggalah rakan sekerjaku memberitahu hal yang demikian.

Kawasan yang yang agak terpinggir dari kesibukan kota

Kawasan yang terletak di tepi laut di hiasi matahari terbenam, menyerikan lagi suasana makan malam kali ni. Opss terlupa pulak nak bagitau lokasi sebenar... Sebenarnya lokasi makan malam kali ni adalah di Restoran Marina yang terletak di Tanjung Emas Muar. So aku decide hujung minggu ni nak bawak anak binik aku ke sini... Nak tunggu hujung minggu lama sangat, ada satu hari tu aku balik keje awal, terus gi ke sini.

Haziq terpegun melihat ombak. ombak tu xsama ngan ombak rindu.

Sesekali makan kat luar seronok gak walaupun orang tua2 kata tak elok bawa baby kaluar malam. Yelah anak aku kan kecik lagi..baru nak mencecah 10 bulan tapi sesekali takpe kot. Lagi pun bukan bawak gi tempat yang bukan-bukan pon.


Ombak lebih menarik perhatian haziq dari lensa camera

Penat seharian bekerja terasa hilang bila dapat bersama dengan keluarga lebih-labih lagi dengan adanya di manja haziq shah. Keletahnya yang semakin hari semakin bijak membuatkan aku rasa lebih bahagia.

Ehhh..macamana boleh ada gambo mama ni..

Angin bayu sepoi-sepoi bahasa diiringi deruman ombak menambahkan lagi keharmonian suasana makan malam di sini. Memang cukup mendamaikan. Sape-sape yang mengalami tekanan kerja,boleh la kesini. Selain menikmati juadah yang menyelerakan,pengunjung juga dapat merehat minda yang penuh dengan masalah seharian.

Klau aku pakai DSLR, lagi jelas pemandangan kat belakang aku ni

Menu pertama telah tiba...apple jus..

Papa belum minum, haziq dah minum dulu..

Juadah makan malam untuk kali ini

Chicken chop..nampak macam sedap
Makanan telah terhidang, so ape lagi makan la..opss jgn lupa baca bismillah...makan punya makan tanpa di sedari jadi begini......

Licin kami kerjakan anak beranak..huhuhu

Bagi aku tempat ni memang sesuai la untuk membawa seisi keluarga makan malam. Selain kawasannya yang amat mendamaikan, Restoran ini juga berhampiran dengan kawasan Rekreasi Tanjung Emas, so lepas makan boleh la jalan-jalan di Tanjung Emas bersama isteri dan anak-anak.

Monday, 26 March 2012

Impian Morib Hotel

Assalamualaikum..

Jika sebelum ini banyak perjalanan yang di laksanakan tanpa di rancang, namun kali ni kami sekeluarga membuat perancangan yang rapi bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar..bila perjalanan berjalan dengan lancar, takde la isu-isu terlebih bajet dan sebagainya.

Kali ni Haziq bukan sahaja pergi bersama mama & papa, tapi mak tok, abah tok, mak uda sekeluarga pun turut sama..sebenarnya ini semua program mak uda, tapi mama haziq yang sibuk nak ikut, so..nak tak nak papa haziq terpaksa la ikut sekali..(ceh..ayat macam terpaksa pergi je padahal memang nak ikut pon..)

Penginapan yang menjadi pilihan di Morib


Destinasi kali ni di Morib, Selangor..biasa dengar tapi xpernah sampai pon.Bila sampai je kat morib, ia merupakan suatu kawasan perkampungan yang sedang membangun. Memang sesuai untuk menenangkan fikiran yang sedang kacau bilau.

Masa untuk check-in

kawasan parking yang luas memudahkan para pengunjung.

Ini dia bilik untuk kita bermalam pada malam ini..Bilik 107...

Perjalanan yang memakan masa hampir 3jam dari bandaraya Muar membuat papa haziq terasa letih..niat di hati nak je terus terjun kolam renang tu, tapi rehat-rahatkan la badan dulu. Papa haziq terus melabuhkan diri ke tilam yang agak empuk di iringi dengan hembusan aircond yang nyaman menambahkan lagi keindahan mimpi yang tercipta.

Baru je nak lelap, mak uda dah panggil ajak makan-makan di biliknya sempena menyambut ulang tahun abang ammar ke-2. Terbantut nafsu tidur tp xpe la perut pon memang tengah lapar..hehehe..

Selamat hari lahir abang ammar

Wahhh sedapnya kek.


Haziq ikut sape tuu..

Setelah segala juadah yang terhidang habis di telan, haziq, papa dan mama balik semula ke bilik untuk sambung tidur balik sebab lepas asar aktiviti terjun kolam beramai-ramai..

Lepas makan rehat-rehat dulu

Selamat tidur semua

Haziq lena tidur di samping papa

Dah tido baru lah cergas.

sempat gak haziq ngurat awek.

Haziq dah mula kesejukan


Orang-orang kuat dalam menjayakan program ni.

Mak nak mandi gak tapi partner xde..hehehe cian mak..

Setelah 2 hari 1 malam berlalu, kini tibanya masanya untuk pulang ke Muar, rasa belum puas menikmati panorama di Morib ni. Sebelum meninggalkan Impian Morib Hotel ni, jom la kita pakat amik gambar di depan bilik masing-masing..


Anak cucu Datok mahat sekeluarga

Datuk mahat bersama Datin Munah


Papa & mama Haziq..emm Haziq tido la pulak

So sekian sahaja review percutian untuk kali ini..secara keseluruhannya hotel ini merupakan hotel yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga..harga pula berpatutan dan servis fasiliti juga tidak mengecewakan.