Thursday, 5 January 2012

SBPA OH SBPA

Ciptaan manusia tak pernah kekal begitu la situasi yang di tanggung oleh penjawat awam di atas system yang kian berubah-ubah dari masa ke semasa.. Dahulunya di kenali sebagai Sistem Saraan Malaysia (SSM), namun kini pula di tukar kepada Saraan baru perkhidmatan Awam (SBPA). Kononnye system ini lebih efisyen la.

Tengok ni..dah habis sekolah pon kene pegang pensil lagi

Walaubagaimanapun ia banyak menimbulkan suasana kurang berpuas hati di kalangan staff bawahan. Itu lah yang aku alami. Dalam jangkasama yang di singkat, terpaksa menyiapkan dokumen-dokumen staf-staf di bawah jagaan.masa yang di berikan hanya lebih kurang 2minggu mulai 16 Disember dan berakhir pada 30 Desember 2011. Mana cukup 2minggu..


Bagi staff yang ada di Malaysia, boleh la kejar minta tandatangan, bagaimana pula dengan staff yang berada di luar Negara??emmm terpaksa la potong ibu jari pos balik Malaysia..huhuhu..Apa sebenarnya motif pihak kerajaan buat perubahan terburu-buru macam ni.

Ni baru 2 3 fail..beribu-ribu fail lagi yang tengah tunggu giliran

Nasib baik Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.


Bukan ke kerja yang terburu-buru ni banyak menimbulkan kesilapan.. kalau dah tersilap,, kita jugak yang kene marah.

Kerja nak cepat tapi sistem lambat

Walaubagaimana pun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah bersetuju supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diteruskan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dengan tempoh opsyen dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.


Wahai bos-bos ku yang di kasihi, tolong la jangan bagi kerja last-last minute..kasihani la kami staff-staff bawahan ni.

Nak Tumbuh Gigi

Dua tiga hari ni, haziq demam..asyik nak meragam jer..biasa la badan xselesa menagis je la yang dia tau..makan & tido pon dah kurang..bawak g klinik swasta, dapat ubat demam jer..tapi demam still xkurang..so semalam bawak g klinik kerajaan pulak..doktor kata maybe nak tumbuh gigi..biasa la budak kalau nak tumbuh gigi memang meragam..mak ayah kene la sabar..


Wahhh dah pandai posing ye..

Nampaknye haziq dah nak tumbuh gigi..Haziq tumbuh gigi seusia 7bulan.. tapi xtau la gigi mana yang tumbuh dulu..gigi atas atau gigi bawah.. ok la tu..yang xoknye nak layan haziq meragam..memang agak tension tapi bila difikir-fikirkan balik, kita dulu pon mcm tu gak.. Orang tua-tua kata kalau tumbuh gigi bawah dulu orangnye merendah diri..emmm betul ker..

Apa-ape pon semoga haziq success dapat gigi baru…


Birthday Kak Su

Pada 5 Januari 2012, berlangsungnya majlis sambutan hari jadi Kak Su @ Suliana Hisham (sape yang berkenan blh add kat fb ye..masih available lagi ni) yang di adakan dengan penuh gilang gemilang di Bandaraya Ledang Johor. 

Majlis yang telah di sponsor sepenuhnya oleh Pn Norhasmah Jumaat (yang ni dh xavailable lg..sape yg bkenan simpan je dalam hati) tak lain dan tak bukan adalah bertujuan mengucapkan terima kasih diatas komitmen yang telah di berikan oleh Kak Su sepanjang tempoh penjagaan Haziq.

Emm ape lagi nak tulis eh..mari la kita sama2 layan gambar yang penuh gilang gemilang ni..

Di antara juadah yang di sediakan



Kak Su bersama penaja

Potong jangan xpotong.
Haziq bersama ibu bapa tercinta pon ada kat majlis ni
Pergghhh...macam tak makan setahun.

Kata gilang gemilang..mana tetamu yang lain???Tetamu yang lain ada kat luar..Ni gambar di sebalik tabir je..Nak tengok gambar suasana sebenar, tunggu la...jap lg kami upload..

Ok lah, to Kak Su Selamat Hari Lahir yang Ke-18, Semoga panjang umur dan di mewahkan rezeki.


Tuesday, 3 January 2012

Dulu Dan Sekarang

Ini bukanlah kisah cinta antara aku dan dia, tapi merupakan secebis kisah kerjaya aku masa dulu dan sekarang. Melaksanakan tugas yang berbeza tapi masih dalam syarikat yang sama. Aku dah nekad dah nak stay kat syarikat ni sampai akhir hayat.

Usia semakin meningkat, takkan lah nak menghabiskan usia muda untuk mencari kerja jer..so lebih baik stay pada satu keje sehingga mencapai tahap expert dalam bidang yang diceburi. Mula-mula aku masuk keje dulu, keje aku mcm ni :

Ketika di Service Fulfillment Center Kuala Lumpur
Bestkan keje aku, keje dalam opis. Tubuh badan bersih dari sebarang habuk, jauh sekali kotoran degil..huhuuhu..namun itu semua ketika di opis..lepas waktu opis, kehidupan diselubungi dengan asap kenderaan, asap kilang, hiruk pikuk kota & macam-macam lagi lah.

Lebih kurang setahun lebih aku melalui kehidupan sebegini.Aku memohon pindah ke kampung halaman iaitu Muar Johor. Permohonanku diluluskan dengan syarat ada pengganti yang akan menggantikan tempat kerjaku.

Alhamdulillah ada insan berhati mulia yang sudi menggantikan tempatku, dan aku pon kembali lah ke Muar. Sejujurnya memang aku sayang kerja aku tapi mana lebih sayang?? Keluarga atau kerjaya?????

Itu kerja aku masa mula-mula masuk kerja. Tapi kini kerja aku mcm ni pulak :

Ketika di PCM Tangkak

Begini lah kerja aku yang berhadapan dengan alat-alat telekomunikasi. Kerja memang bergelumang dengan habuk2 dan sedikit minyak tapi lepas waktu kerja, fikiran tenang je..jauh dari hirik pikuk kota.. yang paling penting keluarga dekat di mata dan dekat di hati..berbeza bukan?? Berbeza memang berbeza..

Begitulah kehidupan..Pastinya ada kelebihan dan kekurangan..Apa-apa pun kene la bersyukur dengan apa yang di miliki..

Monday, 2 January 2012

Tahun Baru



Assalamualaikum.

Selamat menyambut Tahun Baru 2012 kepada seluruh makhluk bumi..Semoga tahun ini memberikan sinar baru kapada kita semua agar lebih berjaya dengan jayanya.

Pastinya tahun baru di sambut dengan penuh meriah dan gembira namun tak kurang juga yang menyambutnya dengan kesedihan serta kemuraman..Begitulah lumrah dunia, tak semua perkara berlaku didalam keadaan menggembirakan.

Walau apa pun situasi kita pada waktu itu, kehidupan perlu di teruskan dengan hati yang tenang dan tabah serta bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

Tuesday, 27 December 2011

Haziq Shah

Assalamualaikum...

Ini bukan kisah kami berdua lagi..ini kisah kami bertiga..kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga.. Namun orang ketiga ini lah yang bakal menceriakan lagi suasana rumahtangga kami.. Itu la dia Muhammad Nor Haziq Shah @ Haziq..


My Hero selepas di lahirkan
Haziq Selamat di lahirkan pada 25 Mei 2010 jam 11.05 malam dengan berat hanya 4.2kg je. Nak kuar ikut pintu tp pintu terkunci pulak..terpaksa lah kuar ikut tingkap..Alhamdulillah semuanya telah pun selamat..Walaupun terpaksa stay di hospital selama hampir sebulan..


Ketika di serang penyakit "kuning"
Sehari selepas di benarkan pulang kerumah, Haziq diminta di bawa semula ke hospital pula..kali ni di syaki kuning la pulak..dua hari gak la haziq di tempatkan di bawah cahaya..sedih gak tegok haziq masa tu..Aku yang ganazz ni pun menitiskan air mata..padahal haziq relax je tido bawah lampu tu..

Secara peribadi, Kelahiran Haziq telah memberikan rezeki dalam hidup aku..3 berita  gembira aku terima selepas kelahiran Haziq iaitu status pekerjaan, gaji dan penempatan pekerjaan..3 benda yang aku inginkan dan akhirnya aku kecapi selepas Haziq di lahirkan..


Haziq mula bijak berinteraksi
Itu di saat-saat awal kelahiran, kini usia Haziq dah menjangkau 7bulan..Haziq semakin bijak..Dia dah mula belajar nak merangkak.. klau dah pandai berlari nanti, mesti penat nak kejar..nampak gaya, kene sediakan track untuk haziq berlari la…

Begitula serba sedikit kisah Haziq yang telah pon menceriakan serta memberi rezeki dalam hidup kami. Terima Kasih Haziq Shah..Izinkan papa menumpang rezeki Haziq.

Thursday, 22 December 2011

Gunung Ledang

Gunung ledang jelas kelihatan dari Bandar Tangkak yang jaraknya lebih kurang 4KM.

Kali ni saya nak bercerita sedikit tentang salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Johor iaitu Gunung Ledang..Saya telah di tugaskan di ibusawat Tangkak Johor. Berdekatan jugak la dengan Gunung Ledang yang berketinggian 1276 meter. Merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.

Pada 07hb yang lalu saya telah ‘mendaki’ gunung ledang. Kabiasaannya saya akan 'mendaki' gunung ledang  untuk membuat pemeriksaan peralatan telekomunikasi supaya berada pada tahap terbaik serta memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan ini. Kalau nak cerita lebih lanjut apa tugas saya mungkin ada yang tak paham kerana terlalu teknikal.


Selain perkhidmatan talian tetap, perkhidmatan sewaan talian data, penyiaran radio dan TV juga merupakan antara produk di bawah seliaan team saya. Kerana sebab itulah kenapa peralatan ini di pasang di puncak Gunung.


Suasana di puncak gunung yang indah dan nyaman

Mungkin ada yang nak tahu dengan apa saya ‘mendaki’? Ya lah, dengan hanya kurang dari sejam, saya telah pon berada di puncak gunung ledang. Untuk pengetahuan semua, saya ‘mendaki’ menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Untuk ke puncak gunung ada laluan jalan tar yang di bina oleh Telekom Malaysia sejak berkurun lamanya. Walaupun jalan tar, namun ia berliku dan curam.Terdapat juga kesan-kesan runtuhan tebing. Walaupun ia berisiko, namun pendakian harus di teruskan demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Haa tengok ni..puncak Gunung Ledang bawah ketiak aku jer...

Ketika di puncak Gunung, kita boleh melihat sekitar Bandar Tangkak, Selat Melaka Dan Sumatera Indonesia. Itupun bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca berkabus, Nampak kabus je la jawabnye..Nak ‘mendaki’ ada pantang larangnye..kalau tersilap langkah, boleh naik tp tak boleh turun..emmm sape nak tanggung…


Suasana berkabus..ketika ni waktu beransur senja.


Ramai tahu kisah di sebalik Gunung Ledang. Kisah seorang puteri yang di pinang oleh Hang Tuah untuk Sultan Melaka yang akhirnya tidak menjadi kenyataan. Realitinya Gunung Ledang wujud dan kisah sang puteri ini hanyalah cerita rakyat turun menurun yang kesahihannya masih diragui. Namun kisah Puteri, Hang Tuah dan Sultan Melaka yang menyebabkan Gunung Ledang terkenal dengan mitosnya.


Oh ye, terlupa nak bagitahu, kali ni aku ‘mendaki’ gunung bukan atas urusan maintenance tetapi disebabkan berlakunya kebakaran di sebuah bilik pemancar siaran TV8. Di sebabkan dari kebakaran tersebut,siaran TV8 & NTV7 terputus di sekitar kawasan Ledang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Namun segalanya dapat di pulihkan dalan tempoh 24jam.


Beginilah keadaan alat pemancar yang rentung di jilat api

Begitu lah kisahnye..Sekian Terima Kasih..