Sunday, 7 October 2012

Makan Angin 2012

Setahun sekali memang plan nak g makan angin itu pun bergantung pada rezeki la..kali ni alhamdulillah ada rezeki untuk haziq..so dapat la g makan angin walaupun hanya dalam negara jer..Tanggal 15-17 September 2012 jadi pilihan..Destinasi pilihan Negeri Perak..Tahun melawat Perak la katakan..

HARI PERTAMA

Destinasi pertama kami pilih Bukit Merah..Kenape Bukit Merah???Jawapan ada pada Mak Uda sebab dia AJK penempatan & makanan...hahaha...Kos pon salah satu penyebab gak..hehehe


Homestay di Bukit Merah..Muat utk 3 keluarga

Masa utk maindi kolam

Haziq ngantuk la mama

wwaahhh ada kolam renang


Muka seiras..adik beradik lain ibu bapa tapi atok sama..


adik jalan dulu..abg ikut belakang..

Lake Town Resort


mama..haziq takut


HARI KEDUA

Destinasi seterusnya Lumut...spesial kat sini Pulau Pangkor je kot..tapi xde la bermalam kat Pulau..Stay kat Pekan Lumut jer..Tapi....hati teringin pulak nak naik feri...emmmmm...

Mercu tanda pekan Lumut..

Haziq teruja tengok bot..


Ammar dah kepenatan...Panas-panas pon lena tido..

Fikir punya fikir, pergi la jugak ke pulau pangkor..sekurang-kurangnya dapat jugak merasa naik feri..

















Alhamdulillah sampai jugak ke Pulau Pangkor..Sebelum berjalan, cari kedai makan dulu..perut dah lapar dah ni.. 






mak abah lapar ye...maaf ye..lewat lunch kita hari ni


Haziq pon lapar gak.
















HARI KETIGA

Lepas sarapan, g jalan tepi pantai dulu sebelum bersiap untuk pulang ke johor..jalan punya jalan terjumpa la binatang ni..first time tgk secara live.

Obor-obor...tapi dah mati..

Ikutkan hati nak ronda-ronda lagi tapi masa tidak mengizinkan..sampailah masa untuk pulang ke Johor..





Dalam perjalanan pulang ke Johor, sempat gak la singgah ke menara condong...





Sekian sahaja percutian kami untuk kali ni..Jutaan terima kasih untuk Mak Uda sekeluarga yang banyak membantu dalam memilih destinasi dan juadah santapan untuk 3 hari ini.. Insyaallah klau ada rezeki, tahun depan kita bekerjasama lagi...

Wednesday, 19 September 2012

Raya Kat Pejabat Mama

12 September yang lalu, di saat-saat penghujung syawal, Pejabat tempat mama keje wat majlis hari raya.. Dapat la haziq collect duit raya lagi.. :)













Haziq Handsome


Friday, 31 August 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

merdeka...merdeka...merdeka
Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 buat Malaysia tanah airku. Dah 55 tahun Malaysia merdeka..klau orang kerja kerajaan, dah sampai masa nak pencen. Tahun ni aku terlibat sama dalam menjayakan hari kemerdekaan Daerah Ledang Johor.

Kontigen TM Ledang

Otai-otai TM Ledang

Jika sebelum ini banyak bantahan terhadap logo hari kemerdekaan ke 55, di akui bila sekali pandang memang tak menarik pon logo tu. Ntah ape- jer tapi semua tak penting bagi aku. Yang penting sekarang adakah minda kita semua telah merdeka dari jajahan bangsa asing. Bersyukurlah dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi hari ini.

Takpe la masing-masing ada pendapat tersendiri. Apa kata kita layan logo-logo serta moto-moto hari kemerdekaan tahun-tahun lalu.

 
1970: Muhibah dan Perpaduan

1971: Masyarakat Progresif

1972: Masyarakat Adil

1973: Masyarakat Kerkebudayaan Malaysia

1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

.1975: Masyarakat Kerdikari

1976: Ketahanan Rakyat

1977: 20 Tahun Bersatu Maju

1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan

1979: Bersatu Berdisiplin

1980: Berdisiplin Berbakti

1981: Berdisiplin Berharmoni

1982: Berdisiplin Giat Maju

1983: Bersama ke Arah Kemajuan

1984: Amanah Asas Kejayaan 1985

1985: Nasionalisme Teras Perpaduan

1986: Bangsa Tegas Negara Teguh

1987: Setia Bersatu Berusaha Maju

1988: Bersatu

1989: Bersatu

1990: Berjaya

1991: Wawasan 2020

1992: Wawasan Asas Kemajuan

1993: Bersatu Menuju Wawasan

1994: Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995: Jatidiri Penggerak Wawasan

1996: Budaya Penentu Kecapaian

1997: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

1998: Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999: Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006: Keranamu Malaysia

2007: Malaysiaku Gemilang

2008: Perpaduan Teras Kejayaan

2009: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

2010: 1Malaysia Menjana Transformasi

2011: 1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2012: Janji Ditepati

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Tak tahu nak cerita apa pon.....hanya nak berkongsi cerita pasal raya dan gambar2 hari raya aje.....buat kenang-kenangan....hehehe....tahun nie aku beraya kat negeri johor (dah anak jati johor, raya kat johor la).....rumah keluarga mentua aku....sambut raya bersama mak abah mentua dan ipar serta biras jer..

Rasa cemburu gak melihat orang lain menyambut lebaran bersama kedua ibu bapa mereka..sedangkan aku??..apepun aku tetap bersyukur kerana masih punya ibu bapa mentua tersayang..Alhamdulillah diizinkan sekali lagi beraya bersama kedua orang tua walaupun hanya bergelar ‘mentua’.

Oklah tak nak feeling sangat.....aku nak cerita pulak pasal raya pertama.

Di pagi raya selepas solat hari raya, aktiviti bermaaf-maafan pon bermula..isteri aku anak bungsu so giliran kitorang yang last sekali la.

Dimulai dengan Kak Long & Abang Long

Diikuti dengan Kak Ngah & Abang ngah

Baru sampai giliran my isteri...eemmm haziq paw duit raya ye

Aku pun join sekali..dosa dah banyak ni..mak minta ampun ye..

Giliran anak sedara pulak..masing2 pungut cukai tahunan

Along sekeluarga & mak abah

Angah sekeluarga & mak abah

Kami sekeluarga & mak abah

Ni gambo mak abah dan adik beradik binik aku....akak yang sulung, no2 & binik aku la no 4.....akak yang no3 tak balik....beraya belah mertua.

Ni gambo mak abah dan para menantu....menantu no3 xde, dia sambut raya kat umah mak dia..

Do Re Mi bukan..Bujang Lapok pon bukan..

Kami Sekeluarga. Tema tahun ni..purple

Di sebelah petang pula, kami akan berkumpul di rumah atok..memang setiap tahun macam ni. Ni je la masanya dapat berjumpa makcik pakcik sepupu sepapat.. Seronok bila dapat berkumpul macam ni.. bermacam ragam dapat di lihat..

Big Family..dari atok sampai la ke cicit..

Gambar atok dan anak menantunya.

Tak cukup dengan itu, sebelah malam kami buat ‘family day’ pula., Fuuhhh memang meriah. Lebih meriah lagi bila sama-sama bergotong-royong menyediakan juadah. Cucu-cucu atok ramai, time ni la nak kerah tenaga..

aku menunjukkan skill memasak.

Wootai menunjukkan cara membakar sate..

Cara terbaik nak tahu sate dah masak ke belum.

Tiba lah masa menjamu selera.

Makan ramai-ramai ni memang seronok

Tua muda duduk semeja..erat silaturahim.

My family tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini.

Haziq bersemangat makan sate..sedap ye haziq..

Begitu lah serba sedikit cerita hari raya pertama kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat di teruskan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan.

Wednesday, 15 August 2012

Salam Ramadhan



Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah..Ini bermakna ramadhan akan berlalu..Mampukah aku menikmati ramadhan pada masa akan datang? Ya Allah berilah aku peluang menikmati ramadhanMu pada masa hadapan.

Tahun ni ramadhan special sikit, aku dapat menyambut ramadhan di rumah sendiri ( walaupun 1st ramadhan kat umah mentua  )..Jika sebelum ni hanya lah di rumah sewa..Merupakan suasana baru dalam hidup ini.

Bila dah bersama keluarga sendiri ni, teringat pulak di zaman bujang..buka dan sahur kene uruskan sendiri.  Tersilap langkah, tak sahur la jawabnye..ye lah xde sape nak kejut sahur..pandai-pandai la nak hidup.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, Syawal juga bakal muncul tak lama lagi.. Persiapan raya kali ni ala kadar jer..tak nak la membazir sangat. Beli ape yang perlu jer yang penting heroku sorang dah ada baju raya.. Aku pakai baju raya tahun lepas pun xpe..hehehe.

Terima Kasih kepada isteriku yang sorang ni (memang sorang pon) kerana tidak jemu-jemu menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk aku sehinggakan perutku semakin hari semakin sihat di buatnye..

Terima Kasih Allah kerana memberi peluang menikmati ramadhanMu pada tahun ini.