Selamat Hari Jadi Norhasmah Jumaat...
Selamat Hari Jadi...Yeaahhhhh tepuk tangan tepuk tangan....
![]() |
Selamat hari Lahir Sayang |
27 MEI. Bagi insan lain, mungkin
tiada apa-apa yang penting pada tarikh ini. Namun, bagi aku, tarikh ini merupakan antara
tarikh terpenting dalam hidup aku. Pasti, tarikh yang berlalu menjadi sesuatu yang
paling jauh dengan kita. Apa yang paling dekat dengan kita adalah masa
sekarang. Maka, tarikh yang berlalu
perlu dikenang sebagai panduan dan kenangan serta pemberi ingatan berkekalan
tentang sebuah kehidupan.
Tanganku
menjadi kaku fikiranku beku bila nak mengarang tentang dirimu, isteri
tersayangku. Benarlah, cinta dan kasih sayang kadang-kadang sukar untuk diluahkan
dengan kata-kata. Mungkin hanya bisikan mesra yang mampu merungkai
segala-galanya.
Tiap
kali tarikh ini tiba, tiap kali itu juga kamu cuba menggodaku untuk tidak
memberikan sesuatu untukmu. Mana mungkin aku mampu begitu, sedangkan kamu insan
istimewa dalam hidupku. Biarpun cepat mahupun lewat, pastinya ada sesuatu untuk
dirimu.
Hadiah
bukanlah nilaian kasih dan sayangku buat kamu. Ianya hanya tanda
ingatan ikhlas
seorang suami terhadap kamu. Jadi, janganlah dipandang pada nilai
harganya tapi pandanglah ia pada nilai ingatanku, seorang yang bernama
suami.
Selamat
Hari Lahir Sayangku Norhasmah..Semoga kamu di panjangkan umur dan di mewahkan
rezeki serta di kurniakan kesihatan yang baik. Aku amat menyintaimu..
Dan
ini khas untukmu.
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...