Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga balik kampung. Kampung takde la jauh sangat. Lebih kurang sejam setengah perjalanan. Minggu ni tiada sebarang perancangan untuk kemana-mana, so kitorang sekeluarga dok rumah je la.
Tiba-tiba mak aku ajak di sarapan sate kat Bandar Muar. Untuk pengetahuan semua, selain mee bandung, Bandar Muar juga terkenal ngan sate di waktu pagi. Ini la salah satu keistimewaan Bandar Muar..Sape yang teringin nak sarapan sate, sila la datang ke Bandar muar.
|
Hari minggu..Jalan lengang..warga bandar tak bangun lagi |
|
Sate ayam, lembu dan perut |
|
En Yan kene makan nasi..1 hari xdapat nasi comfirm xblh bangun |
|
Aku & mak pilih mee rebus..memang terbaik la. |
|
Abah pilih lontong..emm nampak macam sedap.. |
Baru je duduk sate dah sampai..30 cucuk tu. 10 ayam, 10 daging & 10 perut. Satu batang sate RM0.50. nanti dia kira lidi berapa yang kita makan. Bapak aku memang nak makan sate perut, 10 batang mana cukup, tambah lagi 20 batang sate perut.
|
Tambah lagi sate perut |
Setelah selesai sarapan, aku pun dengan ringan mulut bertanya kat mak aku, ‘mak nak g mana-mana ker’, mak aku pun menjawab ‘tak kan nak balik terus, jalan-jalan dulu la’. So aku fikir nak bawak jalan-jalan sekitar Muar la, tiba-tiba mak aku menyambung ayatnya tadi ‘kita g jalan Melaka la’. Nak kata tak OK takut kecik hati, so OK je la..
En Yan yang dari tadi sibuk makan terus jeling ke arah ku dengan muka pelik..mana tak peliknya kitorang kuar dengan pakaian yang ntah ape-ape je tapi still sopan la. Aku pun bagi tanggungjawab ni kat En Yan sebab dia yang drive kereta. Fuhh pandai jugak mak aku wat surprise, ngan bapak aku sekali terkena..hahaha.
Aku bagi tahu kat En Yan kita gi je la mana-mana janji sampai Melaka. Jalan punya jalan sampai la ke tempat-tempat berikut. So layan gambar je la dulu.
|
Orang kata ni jejantas terpanjang kat Malaysia..Tak tahu la betul ke tidak. |
|
Muzium kapal selam..masih under renovation. |
|
En Yan pun nak bgambar gak??? |
|
Haziq suka tengok layang-layang tp atok haziq yang beria nak beli |
|
Singgah solat zohor di Masjid Selat Melaka |
|
Luasnya pemandangan |
Dah puas jalan berpanas, nak tempat yang beraircond pulak. Ada hamba Allah yang poketnya masih tebal, so kitorang pon g la ke sini.
|
destinasi yang ada aircond..Pasaraya Mydin.. |
|
Haziq dok diam-diam ye..jangan takut. |
Setelah bershoping barang-barang keperluan, kitorang pun pulang ke Johor.. Namun dalam perjalanan pulang, En Yan sempat lagi singgah ke tempat ni..
|
Perigi Hang Tuah..Nampak biasa namun kaya dengan mitosnya |
Dah penat berjalan, perut pun mula lapar..Masa untuk makan tapi tak tau nak makan kat mana. Jalan punya jalan, sampai la di Tom Yam Boy Parit Jawa.. Punya jauh berjalan, Tom Yam Boy jugak jadi pilihan.
|
Menu makan petang hari ini..nasi putih, tomyam dan telur dadar |
|
Abah memilih nasi paprik |
Begitula kisah hari minggu kami sekeluarga untuk kali ini. Ingatkan En Yan je suka berjalan tanpa di rancang, rupanya mak aku pun sama.. Itu lah mana tumpahnya kuah klau tak ke menantu..hahahaha..