Monday 26 August 2013

Lagi Lagi Selamat Hari Raya Lagi

Selagi masih syawal..selagi itu lah kita masih beraya ke sana ke mari..Jika sebelum ni kita meronda-ronda sekitar Muar & Ledang tapi kali ni, kita g jauh sikit..Nak g mana erkkkk....kita g Masai la.. Dengar citer ada open house..emm makan free tu..ayuhh seraaaannnggggg...Serang serang gak..nak serang umah sape..Jom serang umah Puan Habibah Mansor..Dahh dahh jom jom..ada anak dara umah tu..klau ada anak dara, mesti ada nasi....

Orang kuat dah standby nak serang
Dari atok sampi ke cicit semua ada

Perjalanan jauh tak kurasa, kerana hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata..Haaa nampak tak permainannya..begitu bsemangat nak jumpa sedara mara ni..lagi pon bukan selalu g Masai ni..Jalan nak g Masai pon xtau..tapi dunia dah maju, segalanya di hujung jari..hahahaha

Orang kuat event..bakar bang jgn kasi hangus.

Haaa tunggu ape lagi, Seeerrraaaannggg

Rasa macam baru masuk gear 1, ehh dah sampi Masai rupanya..takde la jauh sangat pon..terima kasih kepada En Asri sekeluarga yang menjadi Garmin kami..

Wajah-wajah kekenyangan..

Bila sudah kenyang, barulah muka ada senyuumm

Terima kasih la kepada tuan rumah yang menyediakan juadah yang cukup enak & sedap..Rasa nak makan sampai pagi esok. Namun apakan daya banyak lagi destinasi yang perlu di tujui..Sampai di sini saja la kita..Moga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..

Sunday 25 August 2013

Lagi Lagi Selamat Hari Raya

Yehhh  raya raya  raya...Syukur Alhamdulillah masih di berikan peluang untuk menikmati syawal yang penuh makna ini..Kemeriahan sememangnya jelas di rasai apabila atok, makcik, pakcik, sepupu sepapat sudi berkunjung ke teratak kami di Ledang Johor.

Selamat datang..Jemput masuk..

Jemput makan..jangan malu jangan segan
Sudah menjadi adat dan aktiviti tahunan di mana kunjung mengunjung rumah sanak saudara di lakukan. Bagi kami, ini merupakan kali kedua saudara mara datang ke teratak kami. Ye lah kami pindah ke sini pon tahun lepas. Baru dapat merasai 2 kali syawal di sini.


Kesesakan mula di rasai

Begini lah situasinya..selesakan lah diri ye..
Dalam keseronokan melayan tetamu yang hadir, terselit juga rasa sayu bila melihat para tetamu terpaksa berasak-asak mencari port nak landing. Maaf ye semua, ruang tamu besar sangat. Beginilah keadaan rumah taman, dah tak boleh nak adjust lagi.


Haa tengok tu boss terpaksa dok depan pintu..sori ye boss

kesedapan menjamu selera jelas terpancar..jangan malu, boleh tambah lagi

Seronok bila melihat tetamu berselera menjamu juadah yang dihidangkan. Hilang rasa penat menyediakan juadah dari malam sampai ke pagi.

Jemput makan ye big boss
Alamak...Sibuk melayan tetamu, rupanya big boss xmakan lagi..Sori ye big boss..buatlah macam rumah sendiri layan diri yer.
Haziq & Abang Arif
Thanks you Abang Arif kerana bekerja keras menjaga Haziq.. Papa & Mama sibuk rewang di dapur.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.. Panjang umur kita berjumpa lagi.

Thursday 22 August 2013

Selamat Hari Raya Lagi


Ini baru sebilangan..ramai yang malu-malu nak bergambar

Selamat Hari Raya..Selagi masih Syawal..selagi itu la kita masih beraya. Bila sebut hari raya ni, segmen yang paling best adalah kunjung mengunjung rumah sanak saudara.. Ye lah zaman yang serba moden ni, manusia dunia bukan sahaja miskin harta tetapi miskin masa..bukan mudah nak luangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai ni.. So time raya je la dapat bkumpul ramai-ramai..

Walaupun penat namun keseronokan jelas terasa. keseronokan yang dapat di rasai setahun sekali..begitulah keistimewaan hari raya. Insyaallah tahun depan jumpa lagi..

Kepada semua sedara-mara & sahabat handai, jemput la datang rumah...Nak datang tu halo-halo dulu la ye..jgn main serbu jer kang free2 je menjamu hidangan air kosong.. :)

Sunday 11 August 2013

Selamat Hari Raya





Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Blog dicipta pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin


*
**
Di kesempatan ini, Eirmah Blogger  ingin ucapkan kepada semua umat Islam, dan khususnya kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.. . Ampun dan maaf dipinta, kiranya ada salah dan silap yg disengaja atau tidak...Semoga kedatangan syawal kali ini dirai dengan seribu kesyukuran .......wassalam