Tuesday 31 July 2012

Riadah Waktu Petang

Bersemangat nak panjat gelongsor

Balik je dari rumah pengasuh, haziq akan terus ke Taman permainan. Biasala budak baru dapat kaki, excited nak berjalan jer. Sudah menjadi rutin harian di mana tiap-tiap petang haziq akan bermain di taman permainan.

Panjat denga berhati-hati

Hanya di taman permainan la haziq mampu berlari bebas tanpa batasan, klau berlari kat dalam rumah tak puas..rumah kecil mana nak puas nye. Di taman permainan la papa akan bermain kejar-kejar dengan haziq..Rasanya penat kejar haziq umpama marathon mengelilingi Bandaraya Tangkak….kot…

Hahaha Gayat la tu

Ala Haziq bukan tinggi pon..Relax la..

Cuba memberanikan diri

Nampak macam dah berani jer

Sebelum ni bawak haziq jalan-jalan guna baby stroller jer sampai la satu masa tu haziq terjun dari baby stroller..GGGDEEEBAAAKKKK!!!!!! jatuh atas tar, nasib xde kecederaan parah.. sejak dari hari tu, dah xguna dah baby stroller..

Main jongkang-jongkit la pulak

Bagi aku aktiviti ni boleh di jadikan terapi..sehari suntuk stress dengan kerja, bila tengok gelagat anak sendiri + anak orang lain di taman permainan mampu membuatkan kita tergelak sekali gus mampu merelakskan otak..tapi itu bagi aku la, tak tau bagi korang mcmana..huhuhu

Monday 30 July 2012

Talian Tetap

Jika sebelum ini aku bertugas di HQKL, di HQ tidak berdepan dengan alat fizikal. Namun bila aku pindah ke kampung halaman, aku telah di dedahkan dengan alat-alat telekomunikasi secara fizikal. Merupakan pengalaman baru dan amat-amat berharga bagi aku.

Teknologi sering berkembang dan alat telekomunikasi juga berubah mengikut masa. Oleh yang demikian, alat-alat telekomunikasi yang tidak di gunakan lagi akan dilupuskan. Kebanyakan senior-senior aku akan ambil sebahagian alat tersebut untuk di jadikan kenangan sekaligus menjadikan alat tersebut tidak pupus di telan zaman.


Zaman Jabatan Telekom

Zaman Syarikat Telekom Malaysia

Zaman Telekom Malaysia

Zaman TM

Aku juga tidak terkecuali untuk terlibat dalam aktiviti tersebut cuma aku ni kan junior so dapat pon hanya alat-alat digital..kira dah maju jugak la alat tu..maju xmaju jugak la tapi alat tu seusia denganku. 

Haziq tepon sape tu
Haaa tengok tu anak seusia setahun pon dah mula nak bergayut kat telefon.. Nak wat camana, dah papa dia keje kat syarikat telekomunikasi, anaknya pon berjinak-jinak la dengan alat telekomunikasi.


Sunday 1 July 2012

Haziq Dah Pandai Jalan

Gembira dapat berjalan

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Usia haziq kini mencecah setahun sebulan. Haziq dah mula berjalan. Walaupun hanya lah jalan jatuh namun ianya sesuatu yang mengembirakan papa dan mama. Haziq excited nak berjalan. Walaupun telah jatuh berulangkali, haziq tetap bersemangat nak berjalan.

Preparation untuk bangun

Oppppssss jatuh lagi..

Haziiiqq, Hati-hati la sayang..Papa dan mama suka tengok haziq berjalan tapi hati-hati la. Papa dan mama risau kalau-kalau haziq demam nanti. Mana taknye dalam satu hari je ntah berape puluh kali haziq jatuh.


Langkah demi langkah

Nampak gayanya raya tahun ni main kejar-kejar ngan haziq la. Haziq jangan lari laju sangat ye, papa ngan mama tak larat nak kejar..

Yeeaaahhh sampai destinasi

Semoga Haziq success mencapai impian untuk berjalan…..