Friday 29 June 2012

Dah Selamat Pindah Rumah Baru

Peeerghhhh LEGA ! sangat lega walaupun kaki pinggang semua macam nak patah. Angkat kotak sekejap ke sini, sekejap ke sana. Bawak naik atas, Pastu salah, bawak turun balik.. Memang nak tecabut pinggang dibuatnya.  Now i know, macam mana susahnya dan penatnya nak pindah rumah ni. Its not  easy..!

Hari yang kami sekeluarga nanti-nanti kan akhirnya tiba jua..tanggal 23/06/2012 hari Sabtu..kami pindah ke rumah baru kami di Taman Gunung Emas 2..tak jauh pun..pindah seberang jalan je..tak sampai pun 5km dari Taman Tangkak Jaya (rumah lama kitorang)..hehehe..

TQ TM...Sponsor lori

Ini dia badang TM..huhuhu

Barang nampak kecik tp berat.

Ruang tamu yang sempat di kemas

Ruang makan yang simple.

Antara barang utama yang di sumbat di dapur.

Stor..disinilah barang2 akan di sumbat

Ada sape2 yg nak sponsor home theater system

Nak bujet punye pasal..kipas ni pon pasang sendiri

Parking Time

Begini lah rupa dapurku dari luar

Kemas mana yang termampu jer..mana-mana barang yang xsempat nak kemas, kitorang sumbat je dalam stor…

Ini lah barang2 terpilih yang di sumbat dalam stor

Nak guna nanti baru cari..tu pon klau jumpa la masa di cari..huhuhu. Apa-apa pon, terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses perpindahan ni.


Tuesday 26 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 3

Signboard yang masih lagi tersergam indah

Syukur lagi kami panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memperkenankan doa kami selama ni. Rumah yang kami renovate telah pon siap sepenuhnya pada pertengahan Jun yang lalu.

soyok telah pon siap di pasang

Alhamdulillah... kami bakal berpindah ke rumah baru sebelum Ramadhan bermula. Syukur sangat2 sebab proses dari mula kami mendapatkan rumah tidak sesukar mana. Walaupun pada mulanya ada 3-4 pilihan lokasi dan harga yang perlu kami pertimbangkan... semuanya dapat di selesaikan  dalam masa yang telah di tetapkan.

Ruang bawah tangga telah menjadi stor
Seperti dalam mimpi, rumah yang kami harap-harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun ianya kecil namun kami amat berpuas hati kerana dari hasil titik peluh kami sendiri. Insyaallah, klau ada rezeki cari la rumah yang lebih besar dan selesa.

Salur air juga telah ditutup dari pandangan umum.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pakcik Usop yang renovate rumah kami kerana banyak memberikan cadangan-cadangan serta berkongsi idea dalam proses renovation di jalankan.

Kabinet yang simple..bujet ciput.

Proses perpindahan akan di jalankan dalam pertengahan bulan Jun juga..dah tak sabar nak pindah ni..terpaksa lah bertungkus lumus mengemas dan membersihkan rumah. Walaupun penat yang teramat sangat, dengan semangat yang berkobar-kobar, semuanya berjalan lancar.

Penambahan pintu kayu serta grail juga telah siap

Rumah dah kemas, barang-barang pon dah packing, nak pindah ni, barang-barang nak angkat pakai ape??? Takkan nak naik kereta jer…alamak…..tolong…tolong…tolong…sape ada lori, kami nak pinjam….kalau boleh free dan selesa..

Tuesday 5 June 2012

Rumahku Syurgaku - Part 2

 
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, rumah yang kami idam-idamkan telah di sahkan layak duduk pada awal bulan Mei yang lalu. Ermmm tambah satu lagi sejarah yang berlaku pada bulan mei dalam hidup aku.

Walaubagaimanapun, aku dan isteri telah mengambil keputusan untuk membuat sedikit renovation kat umah tu dulu. Biasa la rumah murah, pasti ada kekurangannya. Lain la kalau rumah berharga ratusan ribu ringgit, pastinya telah complete dan sedia untuk di duduki dengan selesa.

Nak wat renovation ni pon satu hal gak..Klau boleh nak cari kontraktor yang murah dan hasil kerja yang cantik..ada ker??? Yelah buget pun cipuuttt jer..

Bujet ciput, lampu pon kene pasang sendiri

Atas bantuan orang lama yang tinggal di daerah ni, kami pon dapat sorang tukang rumah ni..harga tu nak kata mahal tak jugak, murah pon tak jugak..kira sedang-sedang je la.  Kerja-kerja pembinaan di jalankan serta merta. Opsss…sebelum yang pembinaan tu kene la minta kelulusan Majlis daerah dulu……

Kat belakang rumah ni ada sedikit kawasan lapang, so kami decide nak tambah dapur kat situ. Bukan nak renovate yang grand2 pon just tambah dapur jer. Takde ape yang special pon.

Kawasan yang agak kecil tapi cukup la untuk sebuah dapur

Di bahagian depan pulak nak pasang soyok. Senang parking kereta & motosikal, xde la kene hujan panas.

Kerja-kerja pemasangan rangka soyok giat di jalankan

Rangka soyok telah siap di pasang

Di awal perancangan, memang la hanya dapur dan soyok sahaja yang akan di pasang, namun tukang  rumah kata ada batu bata yang terlebih, so kami suruh tukang rumah tu amik je la batu bata tu bawak balik..klau tinggal pon kami tak tahu nak simpan kat mane batu bata tu..nak buang terasa rugi, Tukang rumah tu cadangkan kami untuk wat stor bawah tangga dan tutup salur air dari toilet atas.

salur air dari toilet atas telah di tutup

Stor pon dah hampir siap

Ape yang bestnya, penambahan binaan ni di lakukan secara percuma tapi macam xsampai hati pulak kat tukang rumah tu. Tengok la nanti, klau ada rezeki lebih kami, kami bagi la saguhati kat tukang rumah tu.

Semoga tukang rumah tu di limpahi rezeki yang melimbah ruah di atas kerelaannya melaksanakan penambahan binaan secara percuma di rumah kami. Kami pula mengharapkan renovation ini dapat di siapkan pada pertengahan Jun 2012.