Tuesday 31 January 2012

Aqiqah Haziq

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya tercapai jugak hajat papa & mama nak wat majlis aqiqah untuk Haziq.. Memang dah lama pasang niat nak wat aqiqah tapi ekonomi xmengizin, so terpaksa lah tangguh, tangguh dan tangguh..akhirnya pada tanggal 28 Januari 2012 impian menjadi kenyataan.

Wajah-wajah yang bakal di aqiqahkan

Papa bsama peserta yang tersingkir..Kat belakang tu tokey kambing..Wak Las

Alhamdulillah jugak sebab ramai sedara mara yang turut membantu menjayakan majlis ni..Terima kasih la semuanyerr terutamanya mak abah yang tak jemu-jemu memberikan khidmat nasihat agar majlis berjalan lancar serta menjadi orang kuat di sebalik tabir dalam penyediaan juadah..klau mak abah xde, xmasak la jawabnye kambing tu..nak harapkan papa, masak air pun hangus..inikan pula masak kambing…

Master Chef Mak Ngah & Kak Su
Time ni la minyak nak habis..Semalam xnak habis..

Ini dia kambing masak kurma manis

Majlis aqiqah ni sebenarnya diadakan sekali dengan majlis kesyukuran papa kerana pada tahun yang lalu papa dapat jawatan tetap dalam pekerjaan, pastu dapat naik gaji dan yang paling best papa dapat pindah kepangkuan keluarga.xde la mama dok sorang2 lagi kat rumah..hehehe..Opss tlupa pulak ada lagi yang lagi best..pada tahun lalu juga lah haziq di hahirkan..

So ini lah antara gambar-gambar yang sempat di ambil ketika persiapan majlis..photographer xde..yang ada cuma desingner jer..so gambar pun xbanyak la..

Insan yang di raikan..Muhammad Nor Haziq Shah

Mak tok memberikan komen..ada yang xkene ker..

Abah Tok berpuas hati..Papa pun senang hati

Meja & kerusi tersusun rapi

Meja & kerusi..sponsor by Pakat Sungai Balang

Antara juadah yang telah di hidangkan

Abah Tok cek kawasan

Jemput makan semua...jangan malu-malu

Tengah makan pon sempat gak pandang camera

Tetamu mula membanjiri

Antara saudara mara yang turut memeriahkan majlis

Lepas je majlis aqiqah selesai, abah tok sponsor bunga api untuk cucu-cucunya..meriah tengok budak-budak main bunga api..Tengah-tengah syok main bunga api, kene marah ngan abah tok coz banyak sangat asap..tadi suruh main, ni kene marah pulak ..hahaha..padan muka kene marah..Tu budak-budak punyer citer, bg org dewasa pulak, kene kemas pinggan mangkuk & buang sampah la..sape xtolong kemas kene tengking ngan pak ngah..huhuhu kene marah lagi..Papa pulak lepas majlis terus lepak kat dapur..emmm penat sgt la tu..

Papa, Mama dan Haziq setelah majlis selesai

Cucuh jangan tak cucuh

Budak-budak je main..Orang dewasa tengok je ye

Main sama-sama..jangan gaduh-gaduh

Teknik 'hati bentuk cinta'

Last-last papa jugak kene buang sampah

Semoga majlis tersebut mendapat berkat dari Illahi dan Haziq membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi insan yang soleh. Insyaallah..

Wednesday 25 January 2012

Jalan-Jalan

Last Sunday, haziq, papa & mama serta kakak saudara haziq pergi ke majlis perkahwinan rakan mama & papa haziq kat kajang. Sampai ke destinasi area tengahari..ok la tu perut pon tgh lapar..lepas makan-makan ,  jumpa pengantin & borak-borak ngan kawan-kawan lama yang turut hadir, kitorang pun bergerak pulang...waktu masih siang lagi so g jalan-jalan sekitar KL la...

Jauh lagi ke umah kawan Papa & Mama...

Kami bersama pengantin ( Pn Fairus)

Jalan punye jalan tup..tup..sampai Cameron Highland..suatu perjalanan ke Cameron Highland yang tidak di rancang..Memandangkan kitorang pon xpernah sampai Cameron Highland, so kitorang ambil peluang ni nak tengok pokok tea & buah strawberry secara live dan rasa suasana sejuk (yg tak sesejuk mana skrg ni) kat atas bukit Cameron tu..

Penat drive..berehat sebentar

Waahhhh..dah nak sampai ker...

Orang kata klau nak g Cameron Highland, lebih baik ikut jalan Simpang Pulai…tak la berbukit-bukau mcm ikut kat Tapah tu…ikut simpang pulai mmg dekat bagi pengunjung dari utara..tapi bagi kitorang yang dari selatan, ikut Tapah lebih dekat cuma keadaan jalan yang sedikit mencabar..lebih-lebih lagi jika first time lalu kat situ... Aku xmampu nak taip panjang-panjang ni.. Aku cerita melalui gambar-gambar je la ye..jom layan gambar....

Alamak hujan dah turun...papa hati2 memandu..

Jalan dah mula jem


haziq bersama papa & mama di ladang teh

panorama yang menarik

Papa ngan kereta haziq yg banyak berjasa

seronok + letih

Banyaknyee pokok strawberry

Segar dari ladang

Papa..nak strawberry..

Aumm...strawberry + coklat + aiskrim

Teringat pulak masa makan berdamai

Haziq pon nak gak

Haziq dah comot ngan coklat

Aiskrim strawberry..sebatang RM1

Mama...nak mainan...

Haziq ada strawberry besar

Oh ya terlupa pulak nak kenalkan kakak saudara yang sama-sama membantu memenuhkan kereta..

Haziq, mama & Kak Su

Kak Su pon nak strawberry gak ker

Dalam perjalanan turun, sempat gak la try air terjun kat Lata Iskandar..Main air sepuasnya bagi memberikan kesegaran badan untuk menempuh perjalanan pulang ke selatan.

Tingginye air ni terjun..

Mama..haziq takut..

Uuhh..sejuknye air ni..

Itu je la sedikit pengalaman dah gambar-gambar yang sempat di kongsikan di sini. Memandangkan perjalanan ke sini pon tak di rancang, so banyak tempat-tempat menarik yang terlepas pandang untuk di lawati..Insyaallah kitorang akan datang lg ke Cameron Highland kerana hati kitorang tertinggal di sana.

*** Cameron Highland 22&23 Januari 2012 ***


*  Ujian terhadap enjin Inline-3, DOHC, 12V, DVVT mendaki tanah tinggi Cameron, success…..ujian seterusnya tanah tinggi……Genting……kot.

Thursday 19 January 2012

Burger Tepi Jalan



Khamis malam yang lalu kitorang g jalan sekitar Bandaraya Ledang. Tujuan utama adalah nak g beli pakaian untuk haziq jer.. Setelah tujuan utama terlaksana, tiba-tiba terasa pulak nak makan burger. So sedia maklum la zaman sekarang ni memang melambak-lambak gerai burger tepi jalan..pilih je mana suka. 

Seperti biasa kami akan memilih salah satu gerai di jalan hospital. Kitorang mmg biasa beli kat situ..bila sampai je, pakcik (tokey burger) tu kata burger habis..aik baru jam 2130 burger dah habis..ajaib betul.. Takpe la g beli kat tempat lain la..

Ape yang peliknya malam ni adalah semua gerai-gerai burger yang selama ini bertempiaran di tepi jalan tutup. Hampir dua tiga kali mengelilingi bandaraya Ledang, kami pon terpandang satu gerai burger berhampiran Dataran Ledang. Dah xde pilihan, g je la gerai tu..nampak ramai orang mesti burgernya sedap.

Tengok brader yang wat burger tu memang lincah..Tak sia-sia beratur panjang..burgernye memang memuaskan. Cepat dan sedap.. Lain kali boleh datang lagi ni..

So kepada penggemar burger yang datang ke Bandaraya Ledang ni, boleh la try burger brader ni. Berhampiran dataran Ledang ( Belakang IPD Ledang )..

Sunday 8 January 2012

Happy Birthday Papa Haziq

Hari ni 08.01.2012 merupakan ulang tahun papa haziq..Klau boleh memang la nak wat majlis yang best-best..lebih best dari birthday kak Su (Klau boleh la )..Papa haziq xnak membazir, so kitorang just kuar makan-makan je kat area Bandar Maharani. Mungkin jamuan ni tak seindah yang di sangka namun mama Haziq harap papa Haziq dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Haziq & papa

Haziq & mama

Klau di tanya papa Haziq nak hadiah ape tahun ni, papa Haziq mesti  jawab “ tak nak la hadiah yang mahal-mahal, DSLR jadi la”. Perghh DSRL...2 bulan mama Haziq xmakan klau belikan papa Haziq DSLR. Mama haziq tau papa Haziq just gurau je. Kamera digital yang ada pun papa Haziq xguna, inikan pula nak DSLR.. Lagi pun kami bukan la background photographer. Namun pastinya ada yang istimewa untuk papa Haziq.

Terpancar wajah kebosanan tatkala order lambat tiba

Hidangan demi hidangan telah terhidang..mula-mula rasa macam tak cukup tapi bila dah start makan, letih gak nak habiskan. Nak tak kene kene habiskan gak. Haziq pun seolah-olah memahami, dia happy je hari ni..tak banyak meragam pun.

Ini dia hidangan pertama HUT’S PLATTER

Hidangan kedua HAWAIIAN SUPREME

Hidangan seterusnya SUPER SUPREME



Takkan makan pizza hut jer..kata birthday..klau birthday sinonim denga kek..xkan xde kek..Ermm sape kata xde kek. Haaa ni dia hidangan terakhir. Kek buah-buahan..perut dah kenyang..larat ke nak makan kek pulak..Xpe la kita amik gambar jer dulu..kat rumah nanti baru makan.

Ini la yang di  nanti-nantikan MIX'S FRUITS CAKE

Papa ni macam xexcited je dapat cake

Dah penat makan-makan, kitorang beredar pulang, namun dalam perjalanan pulang sempat gak singgah di Tanjung Emas melihat panorama malam. Wahh tanjung emas dah cantik la..banyak lampu-lampu..Dah macam I-City pulak..haziq pun excited tegok lampu-lampu.

Bestnya dapat tengok lampu

Akhir kata Selamat hari Lahir To Papa haziq...Semoga papa menjadi seorang papa & suami yang soleh..