Tuesday 27 December 2011

Haziq Shah

Assalamualaikum...

Ini bukan kisah kami berdua lagi..ini kisah kami bertiga..kehadiran orang ketiga dalam rumahtangga.. Namun orang ketiga ini lah yang bakal menceriakan lagi suasana rumahtangga kami.. Itu la dia Muhammad Nor Haziq Shah @ Haziq..


My Hero selepas di lahirkan
Haziq Selamat di lahirkan pada 25 Mei 2010 jam 11.05 malam dengan berat hanya 4.2kg je. Nak kuar ikut pintu tp pintu terkunci pulak..terpaksa lah kuar ikut tingkap..Alhamdulillah semuanya telah pun selamat..Walaupun terpaksa stay di hospital selama hampir sebulan..


Ketika di serang penyakit "kuning"
Sehari selepas di benarkan pulang kerumah, Haziq diminta di bawa semula ke hospital pula..kali ni di syaki kuning la pulak..dua hari gak la haziq di tempatkan di bawah cahaya..sedih gak tegok haziq masa tu..Aku yang ganazz ni pun menitiskan air mata..padahal haziq relax je tido bawah lampu tu..

Secara peribadi, Kelahiran Haziq telah memberikan rezeki dalam hidup aku..3 berita  gembira aku terima selepas kelahiran Haziq iaitu status pekerjaan, gaji dan penempatan pekerjaan..3 benda yang aku inginkan dan akhirnya aku kecapi selepas Haziq di lahirkan..


Haziq mula bijak berinteraksi
Itu di saat-saat awal kelahiran, kini usia Haziq dah menjangkau 7bulan..Haziq semakin bijak..Dia dah mula belajar nak merangkak.. klau dah pandai berlari nanti, mesti penat nak kejar..nampak gaya, kene sediakan track untuk haziq berlari la…

Begitula serba sedikit kisah Haziq yang telah pon menceriakan serta memberi rezeki dalam hidup kami. Terima Kasih Haziq Shah..Izinkan papa menumpang rezeki Haziq.

Thursday 22 December 2011

Gunung Ledang

Gunung ledang jelas kelihatan dari Bandar Tangkak yang jaraknya lebih kurang 4KM.

Kali ni saya nak bercerita sedikit tentang salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Johor iaitu Gunung Ledang..Saya telah di tugaskan di ibusawat Tangkak Johor. Berdekatan jugak la dengan Gunung Ledang yang berketinggian 1276 meter. Merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.

Pada 07hb yang lalu saya telah ‘mendaki’ gunung ledang. Kabiasaannya saya akan 'mendaki' gunung ledang  untuk membuat pemeriksaan peralatan telekomunikasi supaya berada pada tahap terbaik serta memastikan tiada gangguan pada perkhidmatan ini. Kalau nak cerita lebih lanjut apa tugas saya mungkin ada yang tak paham kerana terlalu teknikal.


Selain perkhidmatan talian tetap, perkhidmatan sewaan talian data, penyiaran radio dan TV juga merupakan antara produk di bawah seliaan team saya. Kerana sebab itulah kenapa peralatan ini di pasang di puncak Gunung.


Suasana di puncak gunung yang indah dan nyaman

Mungkin ada yang nak tahu dengan apa saya ‘mendaki’? Ya lah, dengan hanya kurang dari sejam, saya telah pon berada di puncak gunung ledang. Untuk pengetahuan semua, saya ‘mendaki’ menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Untuk ke puncak gunung ada laluan jalan tar yang di bina oleh Telekom Malaysia sejak berkurun lamanya. Walaupun jalan tar, namun ia berliku dan curam.Terdapat juga kesan-kesan runtuhan tebing. Walaupun ia berisiko, namun pendakian harus di teruskan demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Haa tengok ni..puncak Gunung Ledang bawah ketiak aku jer...

Ketika di puncak Gunung, kita boleh melihat sekitar Bandar Tangkak, Selat Melaka Dan Sumatera Indonesia. Itupun bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca berkabus, Nampak kabus je la jawabnye..Nak ‘mendaki’ ada pantang larangnye..kalau tersilap langkah, boleh naik tp tak boleh turun..emmm sape nak tanggung…


Suasana berkabus..ketika ni waktu beransur senja.


Ramai tahu kisah di sebalik Gunung Ledang. Kisah seorang puteri yang di pinang oleh Hang Tuah untuk Sultan Melaka yang akhirnya tidak menjadi kenyataan. Realitinya Gunung Ledang wujud dan kisah sang puteri ini hanyalah cerita rakyat turun menurun yang kesahihannya masih diragui. Namun kisah Puteri, Hang Tuah dan Sultan Melaka yang menyebabkan Gunung Ledang terkenal dengan mitosnya.


Oh ye, terlupa nak bagitahu, kali ni aku ‘mendaki’ gunung bukan atas urusan maintenance tetapi disebabkan berlakunya kebakaran di sebuah bilik pemancar siaran TV8. Di sebabkan dari kebakaran tersebut,siaran TV8 & NTV7 terputus di sekitar kawasan Ledang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Namun segalanya dapat di pulihkan dalan tempoh 24jam.


Beginilah keadaan alat pemancar yang rentung di jilat api

Begitu lah kisahnye..Sekian Terima Kasih..

Monday 19 December 2011

Dulu Kini Selamanya

Dalam kehidupan ini, yang terindah melalui usia remaja, Senda gurau suka duka Sering berganti Meninggalkan kesan abadi. Oh berdebar-debar hati nya Kali pertama bertentang mata Inilah pengalaman Harus ditempuhi tiap insan. Kenakalan atau kesungguhan Sukar mencari perbezaan Betapa kau cuba melindungi Jelas di wajah rahsia hati.

Begitulah kenangan yang sukar untuk di lafazkan. Kenangan yang amat bermakna dalam kehidupan. Segalanya telah menjadi sejarah dan tidak mungkin akan berulang semula.



Eirmah 1999
Detik detik awal perkenalan. Masih budak-budak lagi.Gambar ni ketika majlis maulidurasul di Sekolah Agama Pekan Baru Muar. Cari jodoh kat sekolah agama tu..biar berkat..huhuhu..



Eirmah 2000
Pada tahun 2000, eir dh berpindah ke Sekolah Agama Parit Nawi Muar, namun perkenalan yang terjalin masih di teruskan. Gambar ni ketika ‘dating’ kat sarang buaya..biasa la budak sekolah mana ada buget nak g dating kat bandar..Makan minum pon mak bapak yang support lagi..



Eirmah 2001
Selepas tamat darjah 6 sekolah agama, masing- masing lulus dah terus sambung ke darjah khas. Maybe dah di takdirkan, sekali lagi eirmah satu sekolah dan satu kelas. Rezeki jangan di tolak, terima je dengan ikhlas..lagi pon bukan selalu dapat jumpa, ni je peluang  yang ada. Tapi kenakalan semakin menjadi-jadi, balik sekolah sempat lagi gi dating kat sarang buaya..

Eirmah 2002
Selapas tamat waktu persekolahan, masing-masing ada kelas tambahan. So sebelum kelas tambahan bermula, masa  ni la nak jumpa. Jumpa kat sekolah  kene cover-cover sikit takut kene tangkap ngan HEP..free-free je xdapat ambik SPM. Lagi pon just jumpa & berborak. Tak lebih dari tu pon..


Eirmah 2003
Masa ni eir dah tamat sekolah dan mula bekerja di Selangor..ermm just tolong pakcik uruskan perniagaan jer..so bila dah keje, dah ada duit poket sendiri..tak main la dating kat sarang buaya lagi..kali ni up sikit..dating kat Tangjung Emas Muar..Walaupun dah ada duit poket sendiri tetapi belum ada kenderaan sendiri..Terpaksalah menggunakan khidmat ‘Lian Hoe’ untuk bawa kami ke Muar..
Eirmah 2004
Tahun ni pihak kerajaan telah melancarkan Khidmat Negara untuk pelajar lepasan SPM dan mah telah tercalon dalam salah seorang daripada peserta…Dengan rasa kasih, sayang dan cinta yang mendalam…eir sanggup meredah hutan belantara untuk bertemu mah di kem Khidmat Negara Asahan Melaka.



Eirmah 2005
Demi menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran,eirmah perlu melakukan anjakkan paradigma di  mana kami telah memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kami telah memilih untuk melanjutkan pengajian di Kolej Yayasan Melaka dalan bidang Teknologi Komputer. Klau tak belajar komputer, macamana nak Facebook…tol tak??hahahah….



Eirmah 2006
Masih lagi di Kolej Yayasan Melaka. Dah masuk tahun ke dua..Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar..hubungan semakin akrab..emm biasa la hari-hari dapat jumpa..kalau tak akrab jugak, tak tau la nak kata ape…



Eirmah 2007
Pejam celik pejam celik, dah pon tahun akhir di Kolej Yayasan Melaka..Lepas ni Latihan Industri (LI) pulak pastu terus boleh kerja..ceh..macam senang je nak dapat kerja..



Eirmah 2008
Ini la saat yang di nanti-nantikan..konvokesyen yang di adakan di bangunan Seri Negeri Melaka..masa ni la nak campak topi ke langit...apa yang di impikan telah pon tercapai dan telah sampai masanya untuk mnggunakan segala ilmu yang di pelajari demi Negara, bangsa dan agama..



Eirmah 2009
Zaman belajar telah pun di tinggalkan dan kini tibalah zaman kerjaya pulak..Ini lah masanya untuk memperbaiki ekonomi masing-masing sebab dah mula terasa nak berumah tangga pula..masa ni eir dah pun hantar wakil untuk ‘booking’ mah..ermmm klau tak boking awal-awal, takut kene kebas orang pulak..percaya atau tidak, ni merupakan tahun ke-10 perkenalan kami..fuhhh 10 tahun beb….takkan nak lepas macam tu jer..



Eirmah 2010
Setelah berbagai-bagai halangan dan juga rintangan yang di tempuhi, kini tiba lah di destinasi yang di tujui..Tanggal 17 Julai 2010 Ikatan pernikahan di meterai demi menghalalkan ikatan dua hati. Eirmah telah pun berjaya di satukan. Semoga rasa cinta kami akan lebih erat dah bahagia ke akhir hayat. Terima kasih ayah bonda kerana merestui hubungan kami….

Begitulah serba sedikit kisah cinta kami dari saat mula-mula bertemu sehingga sata-saat di ijab kabulkan. Dalam tempoh perkenalan yang begitu lama, telah cukup rasanya untuk kami mengenali hati budi masing-masing sebelum melayari bahtera rumah tangga yang lebih bergelora..

Monday 12 December 2011

Eirmah

Gambar Hiasan

Merupakan satu gabungan nama dua insan pada tahun 1999..lama tu..masa tu usia masih muda, baru masuk sekolah menengah..bukan setakat muda, tapi budak-budak lagi.

Walaubagaimanpun ada hati nak bercinta..ermm cinta monyet je tu..tak kisah lah cinta monyet ke, berok ke & apa-apa je yang sewaktu dengannya, yang penting niat ikhlas.

Memang la masa tu mendapat tentangan yang maha hebat dari orang tua. Mana ada mak ayah yang nak tengok anaknye bejinak-jinak dengan cinta di usia muda. Silap-silap hari bulan pelajaran ke mana, cinta ke mana, masa depan jadi gelap gelita.

Tapi, Eirmah bukan begitu..masing-masing cuba seimbangkan antara cinta & cita sehinggalah berjaya menjejakkan kaki ke manara gading. Alhamdulillah syukur, apa yang di impikan menjadi kenyataan dan kini bahagia bersama hero yang bijak lagi comel, Muhammad Nor Haziq Shah

So, kalau nak bercinta masa remaja, bercinta lah betul-betul. Jadikan cinta sebagai penyuntik semangat untuk terus berjaya.

My Logo